Megan Thee Stallion
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Megan Jovon Ruth Pete[2] (lahir 15 Februari 1995),[1] juga dikenal sebagai Megan Thee Stallion (sebutab "Megan the Stallion"[3][4]), ialah seorang rapper, penyanyi, dan penulis lagu Amerika Syarikat. Dilahirkan di Bexar County, Texas dan dibesarkan di South Park, Houston, Megan Thee Stallion mula menulis dan melakukan rap pada usia remaja. Beliau pertama kali mendapat perhatian ketika video gaya bebas beliau menjadi popular di platform media sosial seperti Instagram. Beliau telah menerbitkan tiga EP sejak 2017—Make It Hot, Tina Snow, dan Suga—dengan dua EP terakhir menaiki carta lagu US Billboard 200. Beliau menandatangani kontrak dengan 300 Entertainment pada 2018, dan melancarkan pita adunan panjang pertamanya, Fever, pada 2019 yang menerima pujian kritis.
Pada tahun 2020, singlenya "Savage" menjadi tular di aplikasi media sosial TikTok dan mencapai nombor satu di carta lagu US Billboard Hot 100 selepas adunan semula dengan Beyoncé dikeluarkan. Beliau telah memenangi dua Anugerah BET, dua Anugerah Hip Hop BET, satu Anugerah Muzik Video MTV, dan satu Anugerah Billboard Women in Music.
Remove ads
Diskografi
- Pita adunan
- Fever (2019)
Jelajah
Sebagai artis undangan
- Legendary Nights Tour (dengan Meek Mill & Future) (2019)[5]
Anugerah dan pencalonan
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads