Melankolia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Melankolia
Remove ads

Melankolia [mé.lan.ko.li.a] (dari bahasa Yunani μελαγχολία - '"kesedihan", secara harafiahnya "hempedu hitam"[1]) adalah kecelaruan mood perasaan tertekan yang tidak khusus, dicirikan dengan murung dan kelesuan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti. Ia adalah kemurungan atau keadaan kesedihan yang keterlaluan sehingga merencatkan kegiatan harian seperti tidur, makan dan fikiran.

Thumb
Melencolia I oleh Albrecht Dürer.
Remove ads

Sejarah

Istilah "melankolia" berasal dari kepercayaan dalam perubatan kuno bahawa sesuatu penyakit itu disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam salah satu atau lain dari empat cecair, atau "humor", dalam tubuh manusia. Jenis keperibadian turut ditentukan oleh humor yang dominan pada individu tertentu. Menurut Hippokrates, melankolia disebabkan oleh kandungan hempedu hitam yang berlebihan.[2] Maka, badan seseorang cenderung mempunyai hempedu hitam (μέλας (melas) = gelap, hitam + χολή (khole) = hempedu) memiliki perasaan atau personaliti yang melankolis.

Kaitan dalam pustaka Islam

Dalam bahasa Arab dikenal istilah ḥuzn dan hazan yang merujuk kepada rasa sakit dan kesedihan atas kehilangan atau kematian kerabat dalam kes yang dipetik dalam al-Qur'an. Terdapat dua tafsir utama: yang pertama melihatnya sebagai tanda bahawa seseorang itu terlalu terikat dengan dunia material, sedangkan yang kedua, tasawuf, melihatnya sebagai wakil perasaan ketidakmampuan peribadi, yang tidak cukup dekat dengan Tuhan atau tidak bisa melakukan sesuatu yang cukup bagi Allah di dunia ini.[3]

Selaras dengan ilmu kedoktoran Yunani klasik, tabib dan psikolog Arab kuno juga mengkategorikan ḥuzn sebagai penyakit. Al-Kindi menghubungkannya dengan keadaan mental seperti kemarahan, ghairah, kebencian dan kemurungan; sedangkan Ibnu Sina dari Parsi pula mendiagnosis ḥuzn kepada seorang lelaki yang sedang mabuk cinta, yang denyut nadinya meningkat secara mendadak ketika nama gadis yang dicintainya diucapkan.[4] Ibnu Sina meyakini, dalam kemiripan yang banyak dengan Robert Burton, penyebab melankolia meliputi rasa takut akan kematian, intrik seputar kehidupan seseorang, dan cinta yang hilang. Sebagai solusi, ia menyarankan perawatan medis dan filosofis dari melankolia, termasuk pemikiran rasional, moral, disiplin, puasa dan berdamai dengan bencana. Melankolia dalam kegunaan silam turut merangkumi masalah mental yang kini dikelaskan sebagai skizofrenia atau gangguan bipolar.

Dalam konteks moden pula, "melankolia" digunakan hanya bagi simptom mental atau emosi kemurungan atau kesedihan; dalam sejarah, "melankolia" mungkin bersifat fizikal termasuk fikiran, dan keadaan melankolik dikelaskan sedemikian sebagai punca umum dan bukannya ciri-cirinya.[5]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads