Metadon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Metadon, dijual dengan jenama Dolophine, Methadose dan lain-lain, ialah ubat agonis opioid sintetik yang digunakan dalam kesakitan kronik serta gangguan penggunaan opioid.[6] Ia digunakan untuk merawat kesakitan kronik serta dalam rawatan ketagihan heroin atau opioid lain.[8][9] Dengan preskripsi kegunaan harian, ubat ini melegakan pengidaman dan menghalang gejala penarikan bahan.[10] Pengurusan penarikan dengan metadon dapat dicapai dalam masa kurang sebulan, dan juga boleh dilakukan secara jangka panjang mahupun sepanjang hayat.[6] Walaupun dos tunggal memiliki kesan pantas, kesan maksimum boleh mengambil masa hingga lima hari kegunaan.[6][11] Selepas kegunaan jangka panjang, bagi pengguna dengan fungsi hati normal, kesan metadon bertahan dari 8 hingga 36 jam.[6][7] Metadon biasanya diambil dengan mulut, dan jarang-jarang melalui suntikan ke otot atau saluran darah.[6]
Kesan-kesan sampingan adalah serupa dengan opioid lain.[6] Ini termasuk kepeningan, ketiduran, muntah dan kepeluhan.[6][12] Risiko teruk termasuk penyalahgunaan opioid dan kemerosotan pernafasan.[6] Gangguan rentak jantung juga boleh berlaku akibat selang QT jangka panjang.[6] The number of deaths in the United States involving methadone poisoning declined from 4,418 in 2011[13] to 3,300 in 2015.[14] Risiko adalah lebih besar dalam dos-dos yang lebih tinggi.[15] Metadon diperbuat daripada sintesis kimia, dan bertindak ke atas reseptor opioid.[6]
Metadon dihasilkan di Germany dari 1937 hingga 1939 oleh Gustav Ehrhart dan Max Bockmühl.[16][17] Ia diluluskan bagi penggunaan analgesik di Amerika Syarikat pada 1947, dan telah digunakan dalam rawatan ketagihan sejak 1960-an.[6][18] Ia merupakan antara ubat-ubat penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[19]
Remove ads
Nota
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads