Mitokondrion

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mitokondrion merupakan suatu bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:


1- Membran dalam
2- Membran luar

Membran Dalam

Membran dalam merupakan membran khusus yang tidak telap kepada kebanyakan ion kecil termasuklah H+, Na+, K+. Ia juga tidak telap kepada glukosa, piruvat, suksinat, α-ketoglutarat, sukrosa, malat, sitrat, glutamat, aspartat, NAD+, NADP+, NADH, NaDPH, CTP, GTP, CDP, ATP, ADP dan GDP.

Membran dalam mitokondrion wujud dalam bentuk berkrista, iaitu lingkaran yang menambahkan luar permukaan membran itu.

Enzim kompleks ATP sintase (atau ATPase) terdapat di permukaan membran dalam sebagai zarah berbentuk sfera yang mengarah ke dalam metriks mitokondrion.

Remove ads

Membran luar

Membran luar ini telap kepada kebanyakan ion dan molekul kecil.

Mitokondrion mempunyai membran unit luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat.

Fungsi

Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilkan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.

Lihat juga

Bahagian lain di dalam sel:

Maklumat lanjut Organel sel ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads