Mohd Azmi Abdul Hamid

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Azmi bin Abdul Hamid (lahir 3 September 1958) ialah seorang aktivis masyarakat dan pendidik Malaysia. Beliau merupakan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) serta Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Beliau aktif dalam isu kemanusiaan antarabangsa, khususnya berkaitan Palestin, Syria, Rohingya, Uyghur dan Kashmir.

Remove ads

Pengajian awal

Mohd Azmi dilahirkan pada 3 September 1958 di Terengganu dan dibesarkan di Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah kerajaan di Perak sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Pendidikan.

Kerjaya awal

Selepas menamatkan pengajian, beliau berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di MARDI di Pulau Pinang. Beliau kemudian meletakkan jawatan untuk menubuhkan Institut Salman Sungai Petani di Kedah.


Penglibatan NGO dan organisasi

Beliau aktif dalam ABIM, antaranya sebagai Pengerusi Wilayah dan dalam pembangunan komuniti. Beliau juga menubuhkan Pusat Analisis & Pembangunan UMMAH serta pernah berkhidmat sebagai pegawai di CAP.


Peranan kepimpinan

Mohd Azmi kini memegang beberapa jawatan kepimpinan termasuk:

  • Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  • Pengerusi Bersama Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN)


Isu pengguna dan kemasyarakatan

Beliau sering memberi pandangan mengenai isu kepenggunaan, termasuk persoalan halal dan haram dalam pemakanan serta pemakaian. Kenyataan beliau kerap dijadikan rujukan dalam perbincangan awam berkaitan hal ehwal pengguna.


Aktivisme kemanusiaan antarabangsa

Mohd Azmi terkenal dengan penglibatan dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa. Beliau mengetuai misi ke Gaza, Syria, membantu pelarian Rohingya, serta membangkitkan isu penindasan terhadap masyarakat Uyghur dan Kashmir. Pengalaman beliau di Gaza turut didokumentasikan dalam buku “Gaza Tidak Akan Menyerah Kalah”.


Pengiktirafan

Pada tahun 2015, beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Pulau Pinang.[1]

Jawatan Pernah Disandang

Kebangsaan

  1. Aktivis ABIM (1982-1994
  2. Pengarah Prrogram Pembangunan dan Penyertaan Komuniti (1990-1994).
  3. Pengerusi Center For Youth Research and Development (1990-Sekarang).
  4. Pengerusi Permuafakatan Masyarakat (1991-Sekarang).
  5. Pengerusi Majlis Bertindak Selamatkan Tanah Melayu (1993-Sekarang).
  6. Pengerusi Majlis Perundingan Ngo Islam Kebangsaan (2005-Sekrang).
  7. Ahli  Majlis Institut Syariah Malaysia (ISRA)-(1999-Sekarang).
  8. Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (WEHDAH)- (1999-Sekarang).
  9. Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri Pulau Pinang (2009-Sekarang)
  10. Ahli Majlis Penasihat Gerakan Pengguna Negara (2009-Sekarang)

Antarabangsa

  1. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Friends of the Earth International (1997-Sekarang).
  2. Ahli Social Watch Assembly (1994-1997).
  3. Kordinator  ASEAN People Network for Peace,Justice and Democracy (2003-2005).
  4. Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)-(2000-Sekarang
Remove ads

Jawatan Sekarang

  1. Ketua Bahagian Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
  2. Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysiaa (SAM)
  3. Kordinator Kempen Citizens International
  4. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Antarabangsa:

  1. Ahli Majlis Sosial Watch Asia, Phillipines. [perlu rujukan]
  2. Ahli Asia Pacific Research Network, Phillipines.[perlu rujukan]

Pengalaman Kerja

PENGALAMAN KERJA

  1. Pegawai Penyelidikan MARDI (1981-1982)
  2. Pengetua Institut Salman Sg.Petani(1982-1987)
  3. Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Ummah (1987-1999)

Karya nukilan

  1. Buku Celik politik
  2. Buku Gaza tidak akan menyerah
  3. Buku Daulah Toyyibah
  4. Haram dalam Budaya
  5. Buku Halal Haram
  6. Buku Assam di India
  7. Consummer Penang website
  8. Perutusan Amman

Buku yang diterbitkan

  1. Fallen Angels of Gaza
  2. Hikmah - The Lost Wisdom
  3. Whispers of Gaza
  4. Letter to World Leaders - In the name of Humanity
  5. Ummah in Unity
  6. Inilah Perjuanganku
  7. Gaza Genozide
  8. Kashmir World Inaction
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads