Morgan Nicholls
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Morgan Daniel Nicholls ialah seorang pemuzik England, dikenali muncul bersama Senseless Things, Gorillaz, The Streets, Muse dan terakhir Lily Allen. Beliau juga menghabiskan waktu yang singkat sebagai pemuzik solo dengan nama Morgan.[1][2][3][4]
Remove ads
Kerjaya
Nicholls memulai kerjayanya dengan Senseless Things, dengan mengeluarkan empat album studio antara 1989 dan 1995. Beliau kemudian terlibat dengan Vent 414 sehingga 1997. Pada Ogos 2004 beliau menyertai kumpulan rock alternatif, Muse di Festival V, untuk menggantikan sementara pemain bes Chris Wolstenholme yang patah pergelangannya semasa bermain bola sepak. Beliau kini menyumbangkan vokal latar, keyboard dan synthesizer semasa band ini mengadakan persembahan secara langsung. Penampilan sulungnya dengan Muse datang semasa Radio 1's Big Weekend di Dundee, Scotland. Beliau ialah pengarah jelajah serta pemain bes untuk Lily Allen untuk jelajah dunia 2009. Beliau juga tampil di jelajah bersama Muse semasa jelajah mereka pada tahun 2010.
Remove ads
Diskografi
Solo
Album
- 2000: Organized
Single
- 1999: "Miss Parker"
- 1999: "Soul Searching"
- 2000: "Flying High"
- 2000: "Sitting in the Sun"
dengan Senseless Things
- 1989: Postcard C.V.
- 1991: The First of Too Many
- 1993: Empire of the Senseless
- 1995: Taking Care of Business
dengan Vent 414
- 1996: Vent 414
dengan Muse
- 2008: "HAARP"
Kehidupan peribadi
Nicholls ialah anak lelaki Bill Nicholls. Bill Nicholls ialah penyanyi, pencipta lagu, penerbit rakaman dan pengarah muzik.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
