Kechor, Perlis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kechor, Perlis
Remove ads

Mukim Kechor ialah mukim di negeri Perlis, Malaysia.[1]

Fakta Segera Mukim Kechor, Negara ...
Remove ads

Pentadbiran

Mukim Kechor merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Kechor mempunyai keluasan 9.32 kilometer persegi.[2]

Geografi

Mukim Kechor terletak di bahagian tengah negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kurong Batang, Abi, Paya, Padang Pauh, Utan Aji, Sena dan Seriab.[2]

Demografi

Jumlah penduduk di Mukim Kechor ialah 6,588 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 707 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 5,904 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 1,814 isi rumah dengan 1,984 tempat kediaman.[3]

Maklumat lanjut Kategori, Kaum ...
Maklumat lanjut Kumpulan umur, Bilangan ...
Maklumat lanjut Jantina, Bilangan ...

Kegiatan ekonomi

Pada awalnya, Kechor menjalankan kegiatan ekonomi pertanian padi. Tetapi setelah negeri Perlis pesat membangun, kegiatan pertanian padi sudah berkurangan manakala kegiatan ekonomi perniagaan pula membangun dari hari ke hari. Terdapat pelbagai kedai yang dibina seperti kedai runcit, kedai dobi, bengkel membaiki kereta dan motosikal, kedai makan, serta pelbagai lagi kedai yang dibina di sepanjang jalan bagi menambah pendapatan penduduk setempat. Selain itu, perkhidmatan juga dijalankan di kawasan Kechor seperti guru dan pengasuh budak-budak.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads