Musang pulut
spesies mamalia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Musang pulut atau luwak (nama saintifik: Paradoxurus hermaphroditus)[2][3][4] ialah sejenis musang daripada keluarga Viverridae yang ditemukan di hutan-hutan primer dan sekunder[5] di Asia Selatan dan Asia Tenggara serta pulau-pulau Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Filipina.[1]
Ia spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang Malaysia, pemburuannya memerlukan lesen yang diluluskan.[6]:113
Remove ads
Ciri-ciri
Badannya panjang dengan ukuran 43.2-71 sentimeter kepala hingga ke pangkal ekor, ekornya berukuran 40.6-66 sentimeter. Kaki-kakinya pendek. Badannya penuh bulu kasar berwarna kelabu; belakangnya ada tiga jalur gelap, dan topeng hitam pada bahagian mata, pipi dan hidung dengan tompok putih di bahagian bawah mata. Musang Pulut mempunyai bulu kasar kelabu sehingga keperangan dengan bulu tebal (guard hairs) hitam dihujung merata-rata. Ia turut mempunyai bau yang kuat yang mencucuk hidung. Bahagian telinga, kaki dan hujung ekor juga berbulu hitam.
Musang Pulut menyebarkan biji benih dari pada buah yang dimakannya dengan memakan isi dan membuang najis yang berisi biji benih jauh daripada pokok asal. Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai musang Pulut, tabiat keluar waktu malamnya terhasil kerana bagi mengelakkan pemangsa.
Remove ads
Tabiat
Spesies ini aktif pada waktu malam sepenuhnya, terutamanya pada waktu subuh; ia kurang aktif pada waktu masuknya fasa bulan purnama.[7] Ia pemanjat yang cekap dan menghabiskan kebanyakan masa di atas pokok.
Pemakanan
Ia omnivor dan memburu sendiri. Makanan utama musang pulut adalah buah-buahan yang berisi lembut seperti mempelam,[5] tetapi ia turut makan haiwan bertulang belakang kecil, cacing dan serangga.
Musang Pulut juga sangat suka memakan nira yang digunakan dalam nama Inggerisnya. Musang Pulut juga gemarkan buah kopi. Ia makan isi luar dan biji kopi melalui saluran penghadaman mereka. Kopi yang mahal yang dikenali sebagai kopi luwak dikatakan dihasilkan daripada biji kopi ini. Kopi luwak dikatakan mempunyai rasa berkanji (gamy flavor) dan dijual dengan harga sehingga US$100 sepaun.
Pembiakan
Musang Pulut turut mengawal kawasan yang mungkin bertindan semasa bekalan makan berkurangan. Apabila tinggal disesuatu kawasan, musang akan menggunakan pokok yang sama untuk tidur pada waktu siang.
Pada kebiasaannya, ia bersarang dalam lubang pokok di mana mereka menjaga dua atau tiga ekor anak. Musang pulut membiak sepanjang tahun walaupun ia pernah direkodkan bahawa anaknya lebih kerap dilihat antara Oktober hingga Disember. Anaknya dilahirkan berkawan antara 2 hingga 5 ekor. Sebagai mamalia, Musang Pulut berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Musang Pulut akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Musang Pulut menjadi matang antara 11 hingga 12 bulan. Dalam kurungan musang Pulut mampu hidup sehingga 22 tahun.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
