Nikotinamida adenina dinukleotida

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nikotinamida adenina dinukleotida
Remove ads

Nikotinamida adenina dinukleotida (NAD) ialah koenzim ditemui dalam semua sel-sel hidupan. Sebatian itu adalah dinukleotida, kerana ia terdiri daripada dua nukleotida bergabung melalui kumpulan fosfat mereka. Satu nukleotida mengandungi satu bes adenina dan nikotamida yang lain. Nikotinamida adenina dinukleotida wujud dalam dua bentuk, suatu bentuk teroksida dan terturun yang disingkatkan sebagai NAD+ dan NADH masing-masing.

Fakta Segera Nama, Pengecam ...

Dalam metabolisme, nikotinamida adenina dinukleotida terlibat dalam tindak balas redoks, membawa elektron dari tindak balas ke tindak balas yang lain. Koenzim, oleh itu, ditemui dalam dua bentuk sel-sel: NAD+ merupakan agen pengoksidaan – ia menerima elektron daripada molekul lain dan menjadi terturun. Tindak balas ini membentuk NADH, yang kemudiannya akan digunakan sebagai agen penurunan untuk mendermakan elektron. Tindak balas pemindahan elektron ini merupakan fungsi utama NAD. Walau bagaimanapun, ia juga digunakan dalam proses-proses sel yang lain, salah satu yang paling ketara adalah menjadi substrat enzim yang menambah atau mengeluarkan kumpulan kimia daripada protein dalam pengubahsuaian pascatranslasi. Kerana kepentingan fungsi-fungsi ini, enzim-enzim yang terlibat dalam metabolisme NAD menjadi sasaran untuk penemuan ubatan.

Remove ads

Bacaan lanjut

Fungsi

  • Nelson DL; Cox MM (2004). Lehninger Principles of Biochemistry (ed. 4th). W. H. Freeman. ISBN 0-7167-4339-6.
  • Bugg T (2004). Introduction to Enzyme and Coenzyme Chemistry (ed. 2nd). Blackwell Publishing Limited. ISBN 1-4051-1452-5.
  • Lee HC (2002). Cyclic ADP-Ribose and NAADP: Structure, Metabolism and Functions. Kluwer Academic Publishers. ISBN 1-4020-7281-3.
  • Levine OS, Schuchat A, Schwartz B, Wenger JD, Elliott J (1997). "Generic protocol for population-based surveillance of Haemophilus influenzae type B" (PDF). World Health Organization. Centers for Disease Control. m/s. 13. WHO/VRD/GEN/95.05.

Sejarah

Remove ads

Pautan luar

Kategori berkaitan nikotinamida adenina dinukleotida di Wikimedia Commons

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads