NASDAQ

From Wikipedia, the free encyclopedia

NASDAQ
Remove ads

NASDAQ ialah sebuah bursa saham Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah National Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.[3]

Fakta Segera NASDAQ نسدق, Maklumat am ...
Remove ads

Sebut harga

Sebut harga NASDAQ terdiri daripada tiga tahap:

  • Tahap 1 menunjukkan bidaan tertinggi dan tawaran terendah, iaitu sebut harga dalamannya.[4]
  • Tahap 2 menunjukkan semua sebut harga awam penggerak pasaran bersama maklumat penggerak pasaran yang berhasrat untuk menjual atau membeli saham dan pesanan-pesanan yang baru dilaksanakan.[5]
  • Tahap 3 digunakan oleh penggerak pasaran untuk membolehkan mereka memasukkan sebut harga dan melakukan pesanan.
Remove ads

Waktu perdagangan

NASDAQ bermula dengan sesi pra-pasaran dari jam 7.00 hingga 9.30 pagi, diikuti sesi perdagangan biasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, dan sesi pasca-pasaran dari 4.00 hingga 8.00 malam (semua waktu dinyatakan dalam EST).[6]

Indeks

Lihat juga

  • ACT (NASDAQ)
  • NASDAQ futures
  • NASDAQ MarketSite

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads