Naskhah

dokumen tulisan tangan From Wikipedia, the free encyclopedia

Naskhah
Remove ads

Naskhah (serapan Arab: نُسخَة, rumi: nuskhat "salinan" daripada kata kerja نَسَِخ nasikha "menyalin")[1][2] atau manuskrip ialah sebuah dokumen yang ditulis dengan tangan[3] berbanding dengan dokumen yang tercetak ataupun terhasil dengan kaedah lain. Semua dokumen berbentuk naskhah sebelum penciptaan mesin cetak. Dalam konteks penerbitan dan ilmiah, naskhah merupakan teks yang dilanjutkan kepada penerbit atau pencetak untuk penerbitan, tidak kira apa jua formatnya.

Thumb
Sebahagian naskhah sutera dari Mawangdui, abad ke-2 SM.

Naskhah-naskhah tidak ditetapkan oleh isi kandungan, yang mungkin mencampurkan tulisan dengan kiraan matematik, peta, gambar rajah ataupun lukisan. Naskhah terdapat dalam bentuk buku, skrol, atau bentuk kodeks.

Ketika giatnya persuratan Melayu lama, naskhah sesebuah hikayat atau sejarah difahamkan dan dikaitkan kuat dengan sumber asal kandungannya yang tidak boleh ditokok tambah, bahkan suatu cetakan berkulit menyalin isi sebuah naskhah dikira sebagai suatu pekerjaan.[2]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads