Neith

Tokoh From Wikipedia, the free encyclopedia

Neith
Remove ads

Neith (Jawi: نيث, Bahasa Yunani Koine: Νηΐθ, pinjaman daripada bentuk demotik Bahasa Mesir: nt, kemungkinan besar asalnya dieja nrt "dia yang menggerunkan"; juga dieja Nit, Net atau Neit) adalah dewa Mesir purba awal. Dia dipercayai adalah pencipta yang pertama dan paling utama, yang telah mencipta dan mengawal sekalian alam. Dia dewi alam semesta, takdir, kepintaran, air, sungai, ibu, bersalin, memburu, menenun dan perang.

Fakta Segera Nama dalam hieroglif, Pusat kultus utama ...

Neith juga dewi penaung bandar Sais (Bahasa Qibti: ⲥⲁⲓ Sai daripada bahasa Mesir Zau), di barat Delta Nil Mesir Hilir, tempat kultusnya berpusat. Bukti menunjukkan ia wujud seawal-awalnya dalam Dinasti Pertama.[1] Neith juga merupakan salah satu daripada tiga dewa penaung bandar selatan Latopolis (Bahasa Yunani Koine: Λατόπολις) atau Esna (Snē) (Bahasa Qibti Sahidi: ⲥⲛⲏ daripada Mesir awal: t3-snt, juga iwnyt[2][3]). Latopolis terletak di tebing barat Sungai Nil kira-kira 55 kilometer (34 bt) selatan dari Luxor (Thebes).

Remove ads

Catatan

  1. Dalam beberapa versi mitos Horus melawan Set, Neith memikat Set sementara Horus sedang memulihkan diri selepas matanya dicungkil oleh Set. Neith kemudiannya menjadi dewi-dewi dalam kepercayaan Semitik, Anat dan Astarte sebagia isterinya.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads