Neptunium

From Wikipedia, the free encyclopedia

Neptunium
Remove ads

Neptunium adalah unsur radioaktif bersimbol Np dan bernombor atom 93 berbentuk pepejal keperakan yang digunakan dalam alat pengesan neutron.

Thumb
Sfera Neptunium-237

Ciri-ciri

Neptunium merupakan unsur aktinid yang keras, mulur dan berwarna kelabu. Tahap-tahap pengoksidaannya berjulat daripada +3 ke +7, dengan tahap +5 merupakan tahap paling stabil, tetapi tahap +4 merupakan tahap yang biasa dipilih dalam sebatian neptunium pepejal.

Isotop

Neptunium memiliki 24 radioisotop, dengan isotop 237Np ialah radioisotop yang paling stabil dengan separuh hayat selama 2.14 juta tahun. Empat radioisotop metastabil neptunium juga wujud, dengan 236mNp adalah paling stabil dengan separuh hayat selama 22.5 jam.[1]

Remove ads

Sejarah

Nama unsur ini dipilih sempena planet Neptun yang bersebelahan dengan planet Uranus.[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads