Ngabuburit
pengisian masa sementara menunggu waktu iftar pada Ramadan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ngabuburit (Bahasa Sunda: ᮍᮘᮥᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) di Indonesia ialah tempoh ditetapkan untuk menunggu panggilan azan untuk solat sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan,[1] di mana pelbagai bentuk kegiatan seperti perjalanan, bermain, berbual, mencari takjil percuma, mengunjungi pasar atau menghabiskan waktu di taman. Selain itu, aktiviti ngabuburit juga boleh berbentuk aktiviti keagamaan seperti mendengar ceramah atau membaca Al-Quran.[2][3]
Masyarakat Muslim di Indonesia mempunyai tradisi yang beragam dalam menunggu waktu berbuka puasa atau disebut ngabuburit. Di Masjid Istiqlal, Jakarta (atas), kaum Muslim datang ke masjid menjelang waktu berbuka puasa dengan mendengarkan ceramah. Di Brebes, Jawa Tengah (bawah), terdapat Festival Tukar Takir untuk saling menukar takir yang diadakan di bulan Ramadan sambil menunggu buka puasa.
Remove ads
Peristilahan
Menurut Lembaga Bahasa dan Sastra Sunda, ngabuburit adalah lakuran dari ungkapan ngalantung ngadagoan burit (ᮍᮜᮔ᮪ᮒᮥᮀ ᮍᮓᮌᮧᮃᮔ᮪ ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) yang bererti "bersantai-santai sambil menunggu waktu sore"; ia diakar daripada . kata burit ᮘᮥᮛᮤᮒ᮪) bermaksud "sore" atau "petang" yang biasa ditakrif antara usai waktu solat Asar hingga sebelum matahari terbenam.[4]
Acara seumpama
Hal ini turut diketahui dalam kalangan masyarakat Minangkabau khususnya di Limapuluh Koto dan Payakumbuh menggunakan bahasa setempat iaitu malengah puaso (Jawi: ملڠه ڤواسا) bermaksud melakukan aktiviti untuk "melupakan atau "mengalihkan" (malengah) rasa haus dan lapar ketika berpuasa.
Remove ads
Dalam budaya popular
Pada 2012, rancangan televisyen hiburan bertajuk Ngabuburit ditayangkan di TransTV. Selain bahan komedi, acara ini juga menyajikan ceramah keagamaan. Pada 2018, TransTV menyiarkan acara serupa dengan judul Ngabuburit Happy.[5]
Konsert muzik pada Ramadan yang diselenggarakan pada waktu petang lazimnya menggunakan istilah "ngabuburit" seperti Ngabuburit Bersama Slank,[6] Konser Ngabuburit bersama Iwan Fals[7] dan Ngabuburit Concert with So7.[8]
Pada 2016, sebuah film pendek berjudul Ngabuburit (Waiting for Iftar) ditontonkan di Festival Filem Asia Jogja-NETPAC ke-14, dan bercerita tentang sepasang suami istri yang sedang berbincang tentang mudik sempena Aidilfitri saat menjelang buka puasa.[9]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads