Nick Robinson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nicholas John Robinson (lahir 22 Mac 1995)[1][2] merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi wataknya sebagai Zach Mitchell dalam Jurassic World, Joe Toy dalam The Kings of Summer, Ben Parish dalam The 5th Wave, dan Ryder Scanlon menerusi sitkom ABC Family Melissa & Joey.
Remove ads
Biografi
Robinson dilahirkan pada 22 Mac 1995 di Seattle, Washington,[2][3] merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik, selain dua orang adik beradik tiri dari perkahwinan terdahulu bapanya.[4] Ibu beliau ialah Denise Podnar.[5] Beliau tamat belajar dari Sekolah Campbell Hall pada tahun 2013.[6]
Ketika berusia 11 tahun, beliau memulakan lakonannya menerusi pementasan oleh Charles Dickens, A Christmas Carol.[7] Pada tahun 2008, rakan teater beliau telah mencadangkan agar ibu bapa beliau membawa Robinson bertemu dengan pencari bakat, Matt Casella. [8]
Pada 2009, Robinson berjaya mendapatkan watak Ryder Scanlon, anak saudara kepada watak Melissa Joan Hart menerusi sitkom ABC Family, Melissa & Joey, di mana beliau memegang watak tersebut sehingga siri tersebut dibatalkan pada tahun 2015.
Pada tahun 2011, Robinson telah memulakan lakonan filem Frenemies bersama bintang Disney, Bella Thorne dan Zendaya dari Shake It Up; Robinson memegang watak sebagai Jake Logan. Frenemies mula ditayangkan pada 13 Januari 2012, menerusi Disney Channel.[9]
Pada tahun 2012, Robinson berjaya mendapat watak utama sebagai Joe Toy dalam filem The Kings of Summer.[10] Pengambaran telah bermula pada bulan Julai 2012 di sekitar Cleveland, Ohio dan berakhir pada Ogos 2012.[11][12] Beliau turut menjadi pelakon jemputan menerusi siri HBO Boardwalk Empire musim ketiga sebagai Rowland Smith. Episod "Blue Bell Boy" ini telah disiarkan pada 7 Oktober 2012. Robinson turut terlibat dalam siri iklan TV, Cox Communications berjudul "Buffer Time is Bonding Time" pada tahun 2012.
Pada akhir 2013, Robinson membintangi Jurassic World, yang disiarkan pada tahun 2015.[13]
Remove ads
Filemography
Remove ads
Teater
Anugerah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads