Nitrus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nitrus adalah sebuah kugiran rock indie,[1] yang mengenengahkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu dan juga Inggeris.[2] Kumpulan ini sudah wujud sejak dari tahun 1999 lagi.[1]
Sejarah
1999–kini
Kumpulan Nitrus amat terkenal pada ketika dahulu dengan pita demo yang telah diterbitkan oleh mereka yang berjudul Better Days dan Twisted.[1] Filem arahan Bernard Chauly, telah menggunakan single Nitrus iaitu Hujung Dunia senagai lagu latar belakang dalam filem Gol & Gincu yang diterbitkan pada tahun 2005.[3] Selain itu, filem Goodbye Boys arahan Benard Chauly, yang diterbitkan pada tahun 2007, lagu Hujung Dunia sekali lagi menjadi lagu latar belakang dalam filem tersebut.[4]
Remove ads
Ahli kumpulan
- Edriely Ibrahim sebagai Eddie – penyanyi dan gitar
- Syed Helmy Alhabshi sebagai Syed – gitar
- Mohd Azle Mohd Isa sebagai Bob – bas
- Iskandar Syah Ali sebagai Is – dram
Diskografi
Album
Another Boring Sunday (album 2001)
Another Boring Sunday merupakan album studio pertama kumpulan Nitus. Terdapat dua single di dalam komplikasi album ini iaitu:[5]
- Better Days
- Twisted
Dengan merakamkan dua single ini, mereka telah berjaya mendapatkan trofi Artis Harapan dalam Anugerah Industri Muzik ke-10.[5][6]
Rasa (album 2005)
Rasa merupakan album mereka yang kedua diterbitkan. Ia telah berjaya mengukuhkan kedudukan Nitrus antara kumpulan diminati kerana karya yang dihasilkan sangat bermutu dan mampu menarik hati peminat industri muzik tempatan. Mereka turut menjadi kumpulan indie pertama berbahasa Melayu layak dicalonkan dalam AIM13. Terdapat 12 buah lagu dalam album ini, rujuk senarai runut di bawah.
Senarai runut
2 (album 2008)
2 merupakan album studio terakhir mereka. Pembikinan album ini mengambil masa dua tahun bermula daripada proses penyusunan lagu, rakaman, adunan sehingga suntingan dilakukan sendiri, disamping mementingkan kauliti muzik dan lagu mereka.[7][8]
Single
- "Better Days"
- "Twisted"
- "Hujung Dunia"
- "Bintang-bintang"
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads