Nolan Ryan

Pemain besbol Amerika (lahir 1947) From Wikipedia, the free encyclopedia

Nolan Ryan
Remove ads

Lynn Nolan Ryan Jr. (lahir 31 Januari 1947) dikenali dengan gelaran The Ryan Express, ialah bekas pemain besbol profesional Amerika Syarikat dan seorang eksekutif sukan. Sepanjang 27 tahun kerjayanya dalam Major League Baseball (MLB), menjadikannya sebagai satu tempoh terpanjang dalam sejarah liga. Beliau telah bermain untuk pasukan New York Mets, California Angels, Houston Astros dan Texas Rangers. Selepas bersara pada tahun 1993, Ryan menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Texas Rangers dan penasihat eksekutif kepada Houston Astros. Beliau telah dilantik ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 1999, pada tahun pertama kelayakannya, dan dianggap secara meluas sebagai salah seorang pitcher terhebat dalam sejarah MLB.

Fakta Segera MLB debut, Penampilan MLB terakhir ...

Ryan merupakan seorang pitcher bertangan kanan yang terkenal dengan lontaran pantasnya yang kerap melebihi kelajuan 100 batu sejam (161 km/j). Keupayaan ini dikekalkannya sepanjang kerjaya profesionalnya, malah beliau terus dikenali sebagai antara pitcher paling dominan dalam MLB sehingga ke usia pertengahan 40-an. Selain itu, Ryan juga terkenal dengan curveball jenis 12–6 yang dilontarkan pada kelajuan tinggi — satu ciri luar biasa bagi bola jenis breaking ball.

Sepanjang kerjayanya, Ryan mencatatkan rekod kemenangan-kekalahan sebanyak 324–292 (.526) dan dipilih sebagai All-Star sebanyak lapan kali. Beliau merekodkan 5,714 strikeout, satu rekod MLB yang melebihi pesaing terdekat, Randy Johnson yang memiliki rekod sebanyak 839. Pada masa yang sama, beliau juga memegang rekod terbanyak untuk walk (base on balls) dengan 2,795, iaitu 962 lebih banyak daripada pemegang tempat kedua, Steve Carlton — menjadikannya pitcher dengan jumlah walk tertinggi dalam sejarah MLB. Purata pukulan pemain lawan terhadap Ryan hanya .204, satu lagi rekod liga utama. Beliau merekodkan 300 strikeout dalam satu musim sebanyak enam kali, juga merupakan rekod tertinggi dalam sejarah liga.

Ryan bersama Pedro Martínez, Randy Johnson, Trevor Hoffman, Sandy Koufax dan Billy Wagner adalah antara enam orang pitcher yang dilantik ke Dewan Kemasyhuran Besbol dengan jumlah strikeout melebihi inning yang dimainkan. Ryan juga merupakan salah satu daripada hanya tiga pemain dalam sejarah MLB yang jersinya telah digantung (retired) oleh sekurang-kurangnya tiga pasukan berbeza — selain Jackie Robinson (nombor jersinya telah digantung oleh seluruh MLB) dan Frank Robinson.

Ryan memegang rekod sepanjang zaman untuk no-hitter terbanyak dengan tujuh kali, tiga lebih banyak daripada mana-mana pitcher lain. Beliau juga berkongsi rekod one-hitter terbanyak (12 kali) bersama Bob Feller, serta mencatatkan 18 two-hitter sepanjang kariernya. Meskipun demikian, beliau tidak pernah merekodkan perfect game dan tidak pernah memenangi Anugerah Cy Young — yang sering dikaitkan dengan kadar walk yang tinggi sepanjang kariernya.

Ryan juga merupakan salah seorang daripada hanya 31 pemain dalam sejarah MLB yang pernah beraksi dalam empat dekad berbeza.

Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads