Randy Johnson
Pemain besbol Amerika (lahir 1963) From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Randall David Johnson (lahir 10 September 1963), digelar "the Big Unit," ialah bekas pemain besbol profesional dari Amerika Syarikat yang bermain selama 22 musim dalam Major League Baseball (MLB) dari tahun 1988 hingga 2009, mewakili enam pasukan terutama pasukan Seattle Mariners dan Arizona Diamondbacks.
Dengan ketinggian 6 kaki 10 inci (2.08 meter), Johnson merupakan pemain paling tinggi dalam sejarah MLB ketika beliau mula menyertai liga. Ketinggiannya menyumbang kepada gaya lontaran yang menggerunkan dan penampilan yang menakutkan di atas padang. Beliau terkenal dengan fastball yang sangat laju serta slider yang tajam dan sukar dijangka, satu kombinasi yang kekal berkesan sepanjang kerjayanya yang panjang. Walaupun mengalami masalah kawalan pada awal kerjaya, Johnson kemudian muncul sebagai antara pitcher paling dominan pada zamannya, mendahului liga dalam jumlah strikeout sebanyak sembilan kali, serta mendahului liga dalam ERA, kadar kemenangan, dan menghasilkan complete game sebanyak empat kali.
Bersama rakan sepasukan Curt Schilling, Johnson dinobatkan sebagai Pemain Terbaik (MVP) Siri Dunia 2001, selepas memenangi tiga perlawanan dan membantu Arizona Diamondbacks menewaskan New York Yankees — kejayaan luar biasa dalam musim keempat penubuhan pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya (2002), beliau memenangi Triple Crown untuk pitcher (mendahului liga dalam kemenangan, ERA, dan strikeout).
Dengan 303 kemenangan sepanjang kerjayanya, Johnson mencatat jumlah kemenangan kelima terbanyak oleh pitcher kidal dalam sejarah MLB, manakala 4,875 strikeout yang dikumpulnya adalah kedua terbanyak sepanjang zaman, hanya di belakang Nolan Ryan, dan yang tertinggi dalam kalangan pitcher kidal. Beliau mencatat 300 strikeout dalam satu musim sebanyak enam kali, satu rekod MLB yang dikongsi bersama Ryan. Johnson juga merupakan 10 kali All-Star, memenangi Anugerah Cy Young sebanyak lima kali, dan salah seorang daripada hanya dua pitcher (bersama Greg Maddux) yang pernah memenangi anugerah itu empat tahun berturut-turut (1999–2002). Beliau memenangi Anugerah Cy Young dalam kedua-dua liga (National League dan American League). Selain itu, beliau merupakan salah seorang daripada lima pitcher yang berjaya mencatat no-hitter dalam kedua-dua liga, dan salah seorang daripada 25 pitcher dalam sejarah yang pernah menewaskan semua 30 pasukan MLB.
Ketahanan Johnson sebagai pitcher sangat luar biasa, dengan kombinasi fastball dan slider miliknya masih berkesan walaupun ketika beliau berusia 40-an. Empat daripada enam musim di mana belincipta sejarah dengan melontar perfect game ke-17 dalam sejarah MLB, menjadikannya pitcher paling tua yang pernah mencatatkan 300 strikeout selepas beliau berumur 35 tahun. Pada 18 Mei 2004, ketika berusia 40 tahun, Johnson meraih kejayaan itu. Johnson bersara pada usia 46 tahun dan telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan pada tahun 2015 iaitu pada tahun pertama kelayakan beliau. Beliau juga merupakan anggota pertama Dewan Kemasyhuran yang digambarkan dengan memakai seragam Arizona Diamondbacks pada plak kehormatannya.
Dengan segala pencapaian dan penghormatan yang diraih sepanjang kariernya, Johnson secara meluas dianggap sebagai salah seorang pitcher terhebat dalam sejarah besbol. Pada 8 Ogos 2015, Arizona Diamondbacks telah memulakan upacara menggantung jersi nombor 51 milik Johnson, dan Seattle Mariners turut mengumumkan untuk menggantung nombor yang sama — menjadikan beliau antara 12 pemain MLB yang jersinya digantung oleh lebih daripada satu pasukan.
Remove ads
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Randy Johnson |
- Career statistics from MLB · ESPN · Baseball Reference · Fangraphs · Baseball Reference (Minors) · Retrosheet · Baseball Almanac
- Templat:Bbhof
- Templat:Sabrbio
- Randy Johnson di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
