Nopal

From Wikipedia, the free encyclopedia

Nopal
Remove ads

Nopal (dari bahasa Nahuatl nōpalli atau nōchtli untuk buahnya) adalah segolongan tumbuhan dalam genus tumbuhan berbunga Opuntia dalam keluarga kaktus Cactaceae.[1] Spesies yang paling umum diketahui dalam genus ini adalah Opuntia ficus-indica.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Species ...
Remove ads

Botani

O. ficus-indica adalah kaktus berbatang besar dan terbentuk yang boleh tumbuh mencapai ketinggian 5-7 meter dengan ketebalan 1 meter dengan jambak mahkota lebih dari 3 meter.[1] Daunnya berwarna hijau kebiruan dengan sedikit duri yang tumbuh sehingga 2.5 cm (1 in).[1]

Buahnya berduri biasanya tumbuh bertapak rata, bulat dan dikelilingi dua jenis duri: duri besar dan duri kecil halus seakan bulu iaitu glokid yang mudah tertanggal lalu melekat pada kulit atau rambut. Buah ini boleh dimakan namun perlu ditanggalkan glokid ini terlebih dahulu agar tidak tertelan lalu terlekat dan merengsakan pada tekak, bibir, dan lidah; masyarakat peribumi selalu akan menggosokkan buah dipetik pada pasir atau membakarnya untuk membuang bulu-bulu halus ini.

Remove ads

Kegunaan

Sebagai bahan makanan

Di Mexico, buah nopal - nopales[2] atau tuna[3] sering digunakan untuk membuat pelbagai jenis lauk sup, salad, roti, pencuci mulut, gula-gula, jem malah minuman dua-dua jenis ringan dan keras.[2][4][5]

Buah nopal amat dikehendaki pada musim panas apabila banyak pokok berbuah termasuk di Maghribi, Tunisia, Malta (dijadikan arak bajtra[6]) dan kawasan-kawasan lain di Timur Tengah.

Ia dimanfaatkan sebagai bahan alternatif dan murah kepada jagung dalam pembuatan tortilla.[7]

Kegunaan lain

Tumbuhan ini menjadi tumpuan serangga spesies Dactylopius coccus sebagai sumber makanan, serangga ini merembeskan asid karminik yang digunakan sebagai bahan pewarna kokineal pada masakan barangan solekan.[2] Malah, pokok itu sendiri boleh diperolehi bahan betanin untuk tujuan sama.[2]

Lumatan daun nopal pernah digunakan masyarakat peribumi Mexico sebagai penutup luka.[8] Air perahan daun nopal juga berpotensi digunakan sebagai bahan membuat bioplastik.[9]

Para petani di Malta menanam pokok ini sebagai penghalang dan sempadan ladang serta menahan angin kuat.[6]

Sesetengah spesies nopal boleh menghasilkan bioetanol sebagai bahan api kenderaan yang alternatif.[10]

Remove ads

Perlambangan budaya

Di tanah Palestin, nopal (Arab: صُبَّار, rumi: ṣubbār bentuk ism kata kerja صَبَرَ ṣabara "bersabar; menahan diri")[11] adalah simbol ketekadan dan ketabahan masyarakat sana.[12] Pendatang Yahudi Eropah ke taklukan Israel juga mengaitkan perwatakan diri dengan buah ini yang "keras berduri di luar, manis lembut di dalam" bergelar sabra (Ibrani: צַבָּר terbitan kata Ibrani: צבר, rumi: tsabar);[13][14] ia dahulunya digunakan sebagai gelaran menghina orang generasi Aliyah Pertama dari Romania 1881 hingga 1903 oleh orang-orang generasi Aliyah Kedua dan Ketiga.[15][16]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads