Nord Stream
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nord Stream (nama lama [North Transgas] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help) dan [North European Gas Pipeline] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help); [Северный поток] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help) (Severnyy potok)) ialah talian paip gas asli luar pantai dari Vyborg di Rusia ke Greifswald di Jerman. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Nord Stream AG. Nama ini kadangkala turut digunakan untuk merujuk kepada bahagian talian paip di darat, sama ada di Rusia mahupun di Jerman dan selanjutnya di Eropah Barat.
Projek ini, yang digalakkan kerajaan Rusia dan dipersetujui kerajaan Jerman Gerhard Schröder, dilihat sebagai berkontroversi atas berbagai-bagai sebab, termasuk meningkatkan pergantungan tenaga Eropah terhadap Rusia dan potensi kerosakan alam sekitar.
Projek ini meliputi dua laluan paip yang selari. Talian pertama selesai dipasang pada Mei 2011 selepas lebih setahun pemasangan, dan dirasmikan pada 8 November 2011.[1][2] Paip kedua dirangka dipasang pada 2011–2012, dan apabila siap akan akan menyalurkan kapasiti penuh projek ini. Sepanjang 1,222 km (759 bt), ia merupakan talian paip bawah laut terpanjang di dunia, mengatasi talian paip Langeled.[3][4]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
