Nowadays

kumpulan muzik lelaki Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia

Nowadays
Remove ads

NOWZ (Korea: 나우즈; RR: Naujeu; dieja dengan semua huruf besar ; dahulunya dikenali sebagai NOWADAYS) ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk oleh syarikat Cube Entertainment pada tahun 2023. Terdiri daripada lima orang anggota, kumpulan muzik ini membuat penampilan sulung mereka pada 2 April 2024 dengan album single pertama mereka Nowadays.

Fakta Segera NOWZ, Maklumat latar belakang ...
Remove ads

Nama

Nama kumpulan muzik Nowadays mengandungi aspirasi yang kuat untuk membuat orang ramai dan peminat ingin tahu tentang "Now" dan ia adalah cita-cita yang berani untuk memberikan kenangan istimewa untuk "Days" kumpulan itu, mencipta bersama pada masa hadapan.[1]

Sejarah

2019–2023: Prapenampilan sulung dan pembentukan

Pada 2019, Hyeonbin mengambil bahagian dalam siri rancangan realiti kendalian Mnet Produce X 101, di mana beliau tersingkir pada episod 11 dan berada di kedudukan ke-30 secara keseluruhan.[2][3]

Pada 30 Oktober 2023, Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan kumpulan lelaki baharu yang terdiri daripada lima orang anggota pada suku pertama tahun 2024.[4] Pada 9 November 2023, telah disahkan bahawa Hyeonbin akan debut dalam kumpulan lelaki baharu Cube itu.[5]

2024–kini: Persediaan dan penampilan sulung

Pada 4 Mac, Cube secara rasmi memperkenalkan Nowadays dan membuka akaun media sosial mereka.[6] Sebuah video juga telah dikeluarkan termasuklah perkataan "Now, A," "Days," "Curious," "Dreamy" dan "Youthful", yang membayangkan konsep dan tema kumpulan itu.[7] Pada 7 Mac, kesemua anggota kumpulan yang terdiri daripada lima orang diperkenalkan secara rasmi kepada awam.[8] Pada 13 Mac, Nowadays melancarkan gerakan logo untuk album single eponim mereka, [9] dan pada 19 Mac Nowadays mengeluarkan video persembahan untuk lagu mereka, "Now" yang kemudiannya akan disertakan di dalam album single.[10]

Pada 2 April, Nowadays secara rasminya membuat penampilan sulung dengan album single itu dan single utamanya "OoWee" bersama-sama dengan video muzik.[11] Mereka juga mengadakan sidang akhbar dan wadah peminat di Blue Square Mastercard Hall di kejiranan Hannam, daerah Yongsan, Seoul, masing-masing pada petang dan malam hari yang sama.[12][13]

Pada 11 Julai, Nowadays mengumumkan di akaun media sosial bahawa mereka akan melancarkan "Rainy day (비가 오는 날엔 (2024 Remake ver.))", single digital buatan semula daripada lagu oleh kumpulan Beast pada 16 Julai. Anggota Hui daripada kumpulan muzik Pentagon mengambil bahagian dalam penghasilan keseluruhan lagu termasuk menulis seni kata dan mengarang lagu.[14]

Remove ads

Anggota

Maklumat lanjut Nama, Pengenalan ringkas ...

Diskografi

Album single

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran ...

Single

Maklumat lanjut Runut, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads