Nourul Depp
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Noorulhuda Abdul Wahab (lahir 27 Julai 1977) atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nourul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.
Remove ads
Latar belakang
Nurul berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an dengan menggunakan nama pentas Syaliaty.
Kerjaya nyanyian
Nurul menghasilkan album pertamanya sewaktu berusia 18 tahun. Lagu hitnya Kerana Terluka dan Cinta Azali membawa tuah dan meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular ketika itu. Menerusi album tersebut, Nurul meraih trofi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.
Perkahwinan
Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir pada 1998). Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.
Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada Khamis, 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp dengan mengusung tema "Aura Paris" dikutipan Harian Metro Edisi Kuala Lumpur pada Jumaat, 8 Jun 2012[1]. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary (lahir pada 3 Oktober 2013) dan Raphael (lahir pada 15 Januari 2015).[2]
Diskografi
Album studio
- Nurul (1995)
- Ikhlasnya Cintaku (1996)
- Kini dan Selamanya (1998)
- Tika Cinta (2009)
Album mini
Album kompilasi
- Cita dan Cinta (2000)
- The Essential Nurul (2011)
Album duet Ajai & Nurul
- Sehati Sejiwa (2001)
- Ajai & Nurul (2002)
- Seiring & Sejalan (2004)
- Serasi Bersama (2006) [Kompilasi]
Filemografi
Filem
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan penghargaan
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads