Online Computer Library Center
From Wikipedia, the free encyclopedia
Online Computer Library Center, Inc. (OCLC) ialah "sebuah perkhidmatan dan penyelidikan perpustakaan berlandaskan keahlian dan tidak mencari untung yang bertumpu kepada matlamat awam bagi meningkatkan pencapaian maklumat dunia dan mengurangkan kos maklumat".[3] Ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai Ohio College Library Center, OCLC dan perpustakaan-perpustakaan yang menjadi ahlinya secara bekerjasama membuat dan menyelenggara WorldCat, katalog dalam talian yang dapat dicapai orang awam yang terbesar di dunia.
![]() | |
![]() Ibu pejabat OCLC | |
Nama asli | Online Computer Library Center, Inc. |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Koperasi bukan untung |
Industri | Informasi |
Ditubuhkan | 5 Julai 1967 (sebagai Ohio College Library Center) |
Pengasas | Fred Kilgour |
Ibu pejabat | Dublin, Ohio, US |
Kawasan perkhidmatan | Dunia |
Tokoh penting | Skip Prichard, President dan CEO |
Keluaran |
|
Hasil | $203 million[1] (2015–16) |
Jumlah aset | $425 million[2] (2015–16) |
Jumlah ekuiti | $239 million[2] (2015–16) |
Anggota | 16,964 perpustakaan di 122 negara[1] (2015–16) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
Dengan nama asal Ohio College Library Center (Pusat Perpustakaan Maktab Ohio), OCLC bermula pada tahun 1967 melalui kolaborasi para presiden universiti-universiti Ohio, naib-naib presiden, dan pengarah perpustakaan yang mahu mewujudkan rangkaian komputer kerjasama buat perpustakaan-perpustakaan Ohio. Kumpulan ini pertama kalinya bertemu pada 5 Julai 1967 di kampus Ohio State University untuk menandatangani fasal-fasal perbadanan bagi organisasi bukan untung itu. [4] Kumpulan itu menggaji Frederick G. Kilgour, bekas pustakawan di perpustakaan perubatan Universiti Yale bagi mereka bentuk sistem katalog yang dikongsi.[5] Kilgour berniat menggabungkan komputer, sistem penyimpan dan pencari yang paling canggih pada masa itu, dengan sistem penyimpanan dan pencari tertua, iaitu perpustakaan.
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.