Orang Hawaii

kelompok etnik dengan asal usul Polynesia From Wikipedia, the free encyclopedia

Orang Hawaii
Remove ads

Orang Hawaii (Hawaii: kānaka ʻōiwi, kānaka maoli, Hawaiʻi maoli; bahasa Inggeris: Native Hawaiians) merupakan orang peribumi rumpun Polinesia yang menduduki kepulauan Hawaii.[2] Mereka berasal daripada para pelayar Polinesia yang meneroka lautan Pasifik yang menemukan serta mendirikan petempatan manusia di kepulauan tersebut sekitar 1219 dan 1266 M (berdasarkan kajian bukti peninggalan). Sebanyak 527,000 orang diperangkakan berketurunan masyarakat ini pada 2005,[1] sebanyak 9.9% penduduk seluruh Hawaii dikirakan daripada bangsa ini.[3]

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Remove ads

Sejarah

Ketibaan pelayar Polinesia

Penyatuan kepulauan

Pertembungan dengan Barat

Pasca-pengilhakan

Remove ads

Budaya

Thumb
Persantapan diadakan Raja Kalākaua (tengah, bersila) dan adindanya Liliʻuokalani (kiri, bersimpuh) untuk rombongan R. L. Stevenson (paling kiri, bersila), 1889.

Kepercayaan

Thumb
Persembahyangan orang Hawaii untuk dewa tani Lono semasa perayaan Makahiki, Nov 2010

Orang Hawaii mempunyai kepercayaan animistik yang dikembangkan dari kefahaman mereka terhadap tanah dan pertalian keluarga panjang.[4] Mereka turut mempercayai keberadaan semangat serata alam sekitar dari yang ada pada ombak lautan hingga ke langit.

Terdapat empat dewa yang disembah dalam masyarakat ini iaitu Kāne dewa pencipta, Kanaloa dewa laut, dewa perang, and Lono dewa keamanan dan kesuburan.[5]

Masyarakat ini pernah mempunyai aturan pantang larang tersendiri yang diamalkan secara ketat sesama mereka iaitu kapu, tetapi aturan ini dimansuhkan pada zaman Raja Kamehameha II tahun 1819.

Bahasa

Seni

Orang Hawaii mempunyai seni tari hula yang pada asalnya dilakukan sebagai persembahan kepada para dewa mereka dengan iringan alat-alat muzik tradisi;[6] tetapi penerapan muzik diperkenalkan dari Amerika turut menjadikan tarian ini sebagai suatu bentuk hiburan santai.[7] Mereka turut mempelopori sukan luncur air (heʻe ʻana) sebagai suatu cara mempertunjukkan keberanian mengharungi ombak-ombak.[8]

Muzik moden Hawaii terhasil dari pertembungan budaya Barat dengan masyarakat setempat dengan adanya alat unik seperti gitar keluli dan ukulele. Bahkan, unsur-unsur baru diterapkan dalam muzik ini turut ketara mempengaruhi muzik moden masyarakat serantau Polinesia lain.[9]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads