Ordnungspolizei

pasukan polis beruniform Jerman Nazi From Wikipedia, the free encyclopedia

Ordnungspolizei
Remove ads

Ordnungspolizei atau Orpo (bahasa Inggeris: Order Police) (Bahasa Melayu: Polis Tetap) ialah pasukan polis beruniform di Jerman Nazi antara tahun 1936 dan 1945.[2] Organisasi Orpo telah diserap kedalam penguasaan Nazi selepas bidang kuasa polis serantau dikeluarkan bagi menyokong kerajaan pusat Nazi (Verreichlichung polis). Ia berkhidmat dibawah SS sehingga akhir Perang Dunia II.[2] Oleh kerana pakaian seragam mereka berwarna hijau, Orpo juga dikenali sebagai Grüne Polizei (polis hijau). Pasukan tersebut pada awalnya ditubuhkan sebagai pertubuhan berpusat yang menyatukan polis beruniform kawasan bandar, bandaraya, dan pedalaman yang telah diatur mengikut negeri.[2]

Fakta Segera Intisari Polis Negara, Dibentuk ...

Ordnungspolizei memegang hampir kesemua penguatkuasa undang-undang Reich Ketiga dan organisasi tindakbalas kecemasan, termasuk bomba, pengawal pantai, pertahanan awam, dan juga peronda malam. Dikerah bersama-sama tentera darat Wehrmacht dalam Penjajahan Poland pada tahun 1939,[3] ia bertugas mengugut penduduk-penduduk awam negara yang dijajah dan ditakluki bermula pada musim bunga 1940.[3][4]

Remove ads

Pertubuhan polis

Polis Tetap telah berkembang kepada 244.500 orang pada pertengahan 1940. Orpo adalah di bawah kawalan Reichsführer-SS Heinrich Himmler yang merupakan der Chef Deutschen Polizei im Ministerium des Innern (Ketua Polis Jerman di Kementerian Dalam Negeri Reich). Ia pada mulanya diketuai oleh SS-Oberstgruppenführer und Generaloberst der Polizei Kurt Daluege. Tetapi pada tahun 1943, Daluege mengalami serangan jantung secara besar-besaran dan telah dibuang dari bertugas. Beliau telah digantikan oleh SS-Obergruppenführer und General der Waffen-SS und der Polizei Alfred Wünnenberg, yang berkhidmat sehingga akhir perang. By 1941, Orpo telah dibahagikan kepada pejabat-pejabat berikut meliputi setiap aspek penguatkuasaan undang-undang Jerman.

Pejabat-pejabat

  • Markas Polis
  • Schutzpolizei (Polis negeri)
  • Gemeindepolizei (Polis bandar)
  • Gendarmerie (Polis kampung)
Remove ads

Lihat juga

  • Pangkat dan insignia Ordnungspolizei

Nota

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads