Overclock
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Overclock (secara literal: Lewah jam) atau overclocking ialah suatu proses memaksa sebuah komponen komputer untuk bergerak pada kadar jam (clock rate, iaitu kitaran jam sesaat) yang lebih tinggi berbanding daripada kadar yang ditetapkan secara asal atau oleh para pengeluar. Kaedah ini seringkali dilakukan oleh peminat-peminat komputer peribadi demi untuk menaiktaraf prestasi komputer mereka.

Pengguna-pengguna yang seringkali menggunakan kaedah overclock secara dasarnya menumpukan kerja-kerja menaiktaraf pada bahagian-bahagian seperti unit pemprosesan pusat, kad grafik, set chip papan induk serta Ingatan Capaian Rawak (RAM). Pengganda CPU, pembahagi bus, voltan, beban termal, teknik-teknik pendingin serta beberapa faktor lain boleh memberi kesan kepada sistem komputer apabila melakukan kaedah overclocking ini.[1]
Remove ads
Rujukan
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads