PLUS Expressways

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

PLUS Expressways Berhad (PEB) atau Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) (MYX: 5052) ialah pengendali Konsesi Lebuh Raya atau syarikat Bina-Kendali-Pindah (BOT) di Malaysia. Satu ahli di dalam Kumpulan UEM, syarikat ini merupakan pengendali lebuh raya bertol yang disenaraikan paling terbesar di Asia Tenggara, Asia, dan kelapan paling terbesar di dunia.[1]

Sejarah

Syarikat ini ditubuhkan pada 27 Jun 1986 sebagai Highway Concessionnaires Berhad, ahli kumpulan syarikat United Engineers Malaysia Berhad (UEM).[2] Pada 13 Mei 1988, Highway Concessionaires Berhad bertukar nama kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS).[3] Pada 29 Januari 2002, PLUS Expressways Berhad (PEB) diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad.[4]

Lapan tahun kemudian, PLUS Malaysia Berhad (PMB) diperbadankan pada 29 November 2010 dan bergiat aktif dalam pegangan pelaburan.[5]

Pada 29 November 2011, PMB melengkapkan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad. PMB menjadi syarikat pegangan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS), Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua Malaysia Berhad (LINKEDUA), Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, Teras Teknologi Sdn Bhd (TERAS), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd dan pemegang saham Touch 'n Go Sdn Bhd. Selain itu, PMB juga memperoleh Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) daripada UEM Builders Berhad.[5]

Projek Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS), anak syarikat PMB, diperbadankan pada 27 Julai 2011 untuk mengendalikan konsolidasi semua konsesi lebuh raya yang diperoleh di bawah satu entiti tunggal. Pemerolehan semua lima aset konsesi lebuh raya disiapkan 12 Januari 2012.[5]

Dengan pemrolehan tersebut, PMB merupakan pengendali tol lebuh raya terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara, Asia dan kelapan terbesar di dunia.[5]

Remove ads

Rakan kongsi syarikat

  • Central Nippon Expressway Company (NEXCO Central Japan)[6] (sejak Mac 2009)

Produk terkini PLUS Expressways

PLUSMiles

PLUSMiles ialah program kesetiaan rebat tol. Ia dilancarkan pada 17 Disember 2008 dan merupakan program kesetiaan lebuh raya tol pertama dan satu-satunya di Malaysia. Pemegang kad PLUSMiles boleh mendapatkan rebat tol dan barangan dari kedai yang mengambil bahagian. Setiap kad PLUSMiles dilengkapi dengan ciri Touch 'n Go. Kad PLUSMiles juga boleh digunakan untuk pembayaran tol dan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang, Selangor dan kemudahan tempat letak kereta.[7]

PLUSTrack

PLUSTrack ialah kad elektronik prabayar untuk pelanggan armada. Program kad PLUSTrack menyediakan kecekapan yang lebih baik dan pemantauan armada yang lebih baik untuk pelanggan armada. Di samping kemudahan pembayaran tol armada, program ini dikemas dengan pelbagai hadiah dan faedah.[8]

PLUS Ronda

PLUS Ronda ialah unit peronda lebuh raya. Ia ditubuhkan pada 1 April 1990. Pada 17 Oktober 1998, unit ini diberikan kuasa polis bantuan Polis Diraja Malaysia.[9]

Skop kerja[9]

  • Menyediakan bantuan 24-jam untuk kerosakan dan kenderaan kemalangan.
  • Menyediakan perkhidmatan menunda ke tempat selamat yang terdekat.
  • Laporkan aliran trafik.
  • Membantu pihak berkuasa semasa kecemasan
  • Memantau dan memeriksa keadaan fasiliti di tempat layang dan kawasan rehat dan perkhidmatan.
  • Melaksanakan autoriti polis bantuan.
Remove ads

Perkhidmatan Helikopter PLUS

Fakta Segera IATA, ICAO ...

PLUS Helicopter Services atau PLUS Heli ialah unit helikopter lebuh raya. Ia ditubuhkan pada tahun 2010 dan ia digunakan untuk pengawasan lebuh raya, pasukan tindak balas udara, kecemasan, mencari dan menyelamat dari udara. Ia merupakan satu-satunya konsesi lebuh raya di negara ini untuk memiliki perkhidmatan helikopter. Kumpulan pertama helikopter Eurocopter EC120 Colibri dihantar pada tahun 2007.[10]

Inventori terkini

Maklumat lanjut Pesawat, Asal-usul ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads