Pachycephalidae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pachycephalidae adalah saatu keluarga spesies burung sambar siul, murai batu-cekup, dan tiga spesies pitohui, dan merupakan sebahagian daripada radiasi burung penyanyi Australia-Papua purba. Anggotanya mempunyai saiz kecil hingga sederhana, dan mendiami kebanyakan kawasan Australasia. Australia dan New Guinea merupakan pusat kepelbagaian mereka dan bagi kes sambar-siul, pulau-pulau Pasifik Selatan sejauh Tonga dan Samoa dan sebahagian Asia sejauh India. Sempadan sebenarnya tidak dapat dipastikan, dan satu spesies, Sambar Siul Emas, menjadi satu subjek pemerhatian taksonomi yang kerap dilakukan sejak beberapa tahun lepas kerana beberapa pindaan tahap spesies dan subspesies.
Remove ads
Taksonomi dan sistematik
Genera Pachycare, Hylocitrea crested bellbird dan crested shriketit dahulunya dimasukkan di dalam keluarga Pachycephalidae sehingga dipindahkan ke keluarga Acanthizidae, Hylocitreidae dan Oreoicidae dan Falcunculidae masing-masing.[1] Beberapa pihak berkuasa juga meletakkan genus Mohoua, dikelaskan dalam keluarga monotipik Mohouidae, dalam keluarga Pachycephalidae.[2]
Senarai taksonomik
Keluarga sambar siul mempunyai lima genera seperti berikut:[3]
Keluarga Pachycephalidae
- Subfamili: Pachycephalinae
- Genus Coracornis – 2 spesies
- Genus Melanorectes – pitohui hitam
- Genus Pachycephala – typical whistlers (48 spesies)
- Genus Pseudorectes – 2 spesies
- Genus Colluricincla – 11 spesies
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
