Pacu (ikan)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pacu (sebutan dalam bahasa Portugis: [paˈku]) ialah nama umum bagi spesies ikan pacu omnivor air tawar di Amerika Selatan yang bersaudara dengan spesies piranha. Pacu dan piranha tidak mempunyai gigi yang sama, perbezaan yang utama ialah bentuk gigi mereka; piranha berbentuk tirus, tajam dan dalam maloklusi yang ketara, manakala gigi pacu berbentuk segi empat, lurus, seperti manusia, dan kurang maloklusi.[1] Selain itu, pacu boleh membesar jauh lebih besar daripada piranha, mencapai panjang hingga 0.9 m (3 kaki) dan 25 kg (55 lbs) jika hidup liar.
Pacu ialah satu istilah yang berasal daripada puak India Brazil. Apabila ikan besar daripada genus Colossoma memasuki perdagangan akuarium di Amerika Syarikat dan negara-negara lain, ikan ini telah tersilap dilabel sebagai pacu. Di Amazon, istilah pacu dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana dalam genera Metynnis, Mylossoma dan Myleus. Ikan colossoma macropomum adalah dikenali sebagai tambaqui, manakala Piaractus brachypomus dikenali sebagai pirapitinga.
Remove ads
Laporan pengigitan pacu
Buah zakar
Pada tahun 2013, seekor spesimen pacu dijumpai oleh seorang nelayan di Denmark.[2] Penemuan ini membawa kepada laporan media tersilap amaran bahawa ikan boleh menyerang buah zakar lelaki. Laporan ini berdasarkan satu jenaka yang tidak bertujuan untuk diambil serius.[2] Namun ada laporan yang mengatakan ikan ini telah mengorbankan dua orang nelayan di Papua New Guinea kerana menganggap testis mereka sebagai buah yang terapung.[3]
Jari
Dalam satu kejadian yang hampir serupa turut dilaporkan di Edinburgh Butterfly dan Insect World, Scotland, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menjalani pembedahan apabila jarinya digigit oleh haiwan tersebut.[4][3]
Remove ads
Galeri
- Ikan pacu juga sedap dimakan bersama nasi
- Saiz penuh ikan pacu yang pernah dijual di pasaran
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads