Pada Zaman Dahulu
siri animasi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pada Zaman Dahulu[a][2] ialah sebuah siri animasi televisyen fantasi Malaysia terbitan Les' Copaque Production. Pertama kali bersiaran pada tahun 2011 di TV Alhijrah dan kemudiannya di Astro Ceria, siri ini mengisahkan pengembaraan dua beradik dari bandar, Ara dan Aris serta datuk mereka Aki, yang menceritakan kisah cucunya yang memaparkan kancil, seekor kancil antropomorfik yang popular dalam cerita rakyat Malaysia, dan pelbagai watak haiwan antropomorfik lain, seperti buaya dan monyet.[3][4] Siri pertama terdiri daripada 12 episod 6–7 minit setiap satu, dengan setiap cerita merangkumi 3 episod.[5]
Remove ads
Sinopsis
Dua adik-beradik dari bandar, Aris dan Ara, dihantar ke kampung oleh ibu bapa mereka yang hendak pergi ke luar negara, untuk tinggal bersama Aki dan Wan (gelaran bagi datuk nenek mereka). Aki sebagai tukang cerita menghiburkan cucu-cucunya dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan rakan-rakan rimbanya.[4]
Watak
- Aki (Hj. Alias): Datuk kepada Aris dan Ara yang bijaksana dan penyayang, dan tukang cerita dalam siri ini.
- Ara (Alyssa): Si adik yang segan-silu, comel dan ceria. Gemar mendengar cerita Aki dan suka boneka kancil. Ara yang sengaja kenakan abangnya, Aris. Ara menjelirkan lidah depan Aris. Aris pergi ke Singapura kerana tak mahu sayang adiknya apabila mengejeknya.
- Aris (Esfahan): Abang kepada Ara yang lebih gemar duduk dalam rumah dan bermain permainan elektronik, tetapi bertanggungjawab dalam menjaga adiknya. Aris merajuk dengan Ara dan Aki kerana mempermainkannya. Aris telah pindah Singapura.
- Wan (Nor Hayati Sudin): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
- Sang Kancil (NurHannah/Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa dan menjadi hakim di hutan untuk menyelesaikan masalah di hutan. Telinga Kancil bergerak kerana sudah dapat idea yang bagus.
- Harimau (Amin Rusli, Shamer dan Megat): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
- Kerbau (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya dan takut terhadap pemburu.
- Ketua Buaya (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
- Gajah (Fitri Anas): Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
- Tupai (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain, dia selau menyebutkan peribahasa atau pantun di cerita.
- Arnab (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
- Gergasi: Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
- Ular: Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
- Monyet (Haris): Penghuni rimba yang suka memakan pisang dan buah lainnya
- Kura-kura: Kawan Sang Kancil yang lambat jalannya, namun dia penyabar dan suka menolong
- Sang Singa: Dia adalah 'Raja Rimba' pengganti Harimau, dia sangat kacak, cepat dan sangat kuat.
- Raja Semut: Pemimpin koloni semut yang tinggal di dekat sungai, dia sangat memperhatikan rakyat dan kewajibannya
- Belalang: Haiwan yang suka benyanyi, berhibur, dan menari untuk para haiwan dia selalu memainkan biola.
- Gagak: Burung yang dulu berwana putih sekarang berwana hitam kerana Bangau melempar pewarna gelap, hatinya sangat baik dan terus berusaha.
- Tikus: Haiwan yang kecil dan comel adalah kawan Sang Kancil. Ada dua gigi yang besar dan berkilat untuk menggigit yang berlapis.
Remove ads
Episod
Setiap kisah dipecahkan pada tiga bahagian. Tayangan pertama biasanya berupa ketiga-tiga bahagian disiarkan dalam satu slot setengah jam, manakala ulang tayang terdiri daripada satu bahagian disiarkan dalam slot 10 minit.
Musim 1 (2016)
Musim 2 (2016-2017)
Musim 3 (2017)
Musim keempat
Musim kelima
Remove ads
Catatan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads