Pandoravirus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pandoravirus ialah satu genus virus besar, dengan genom jauh lebih besar daripada sebarang jenis virus yang diketahui. Seperti virus besar lain Mimivirus dan Megavirus, Pandoravirus menjangkiti ameba. Namun genom Pandoravirus memiliki 1.9-2.5 megabes DNA, bertertib dua kali ganda lebih besar daripada Megavirus dan Mimivirus, dan amat berbeza daripada dua virus itu daripada segi rupa dan struktur genom.[1]
Remove ads
Penemuan
Penemuan pandoravirus, oleh sepasukan ahli sains Perancis yang diketuai Jean-Michel Claverie dan isterinya Chantal Abergel, diumumkan dalam satu rencana dalam jurnal Science, pada Julai 2013.[2]
Mimivirus, virus besar dengan saiz genom kira-kira 1.1 megabes, telah ditemui pada 1992 namun tidak dikenali sebagai virus sehingga 2003.[3] Megavirus, ditemui pada 2011, memiliki saiz genom kira-kira 1.3 megabes.[4]
Dua spesies ditemui; Pandoravirus salinus, dalam air laut di persisiran pantai Chile, dengan saiz genom 2.5 megabes; dan Pandoravirus dulcis, dalam tasik air tawar di Australia, dengan saiz genom 1.9 megabes.[2]
Remove ads
Gambaran
Saiz pandoravirus ialah sekitar 1 mikron dan berupa tompok hampir seperti beberapa jenis bakteria.[5]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads