Paul McCartney and Wings

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Wings (juga dikenali sebagai Paul McCartney and Wings) merupakan kumpulan rock yang dibentuk pada tahun 1971 oleh Paul McCartney bersama isterinya Linda McCartney, pemain drum sesi Denny Seiwell, dan bekas pemain gitar Moody Blues, Denny Laine. Wings dikenali kerana sering pertukaran ahli dan juga kejayaan komersial, melalui tiga pemain gitar utama dan empat pemain drum. Bagaimanapun, tiga ahli teras McCartneys dan Laine kekal bersama sepanjang kewujudan kumpulan muzik tersebut.

Fakta Segera Wings, Maklumat latar belakang ...
Remove ads

Sejarah

1970–71: Pra line-up

Selepas perpecahan kumpulan Beatles pada tahun 1970, McCartney merakamkan dua album: McCartney (1970), kredit pada dirinya sendiri, dan Ram (1971), bersama isterinya Linda. McCartney telah mendesak sejak awal perkahwinannya agar isterinya terbabit dengan projek muziknya, dengan itu mereka tidak perlu berpisah ketika dia membuat persembahan.[3] Ram dirakamkan di bandaraya New York, di mana McCartney menguji bakat sejumlah pemain drum dan pemain gitar, memilih Seiwell dan pemain gitar David Spinozza.[4] Apabila Spinozza sibuk dengan sesi komitmen lain, Hugh McCracken kemudiannya diambil bagi menggantikannya.[5]

1971–73: Line-up pertama

Selepas pemerbitan Ram, McCartney memutuskan bagi membentuk kumpulan baru dan meminta Seiwell dan McCracken, kedua-duanya bermain dalam album, untuk turut serta. Seiwell menerima, tetapi McCracken menolak, dengan itu McCartney menjemput Denny Laine, yang dia telah kenali sejak awal 1960-an, untuk turut serta.[6] Laine, yang sedang mengusahakan album solo pada masa itu, menerima panggilan telefon dari McCartney bertanyakan jika dia ingin menyertainya, sebagaimana McCartney berkata: "Saya mengenalinya di masa lalu dan saya hanya menalifonnya dan bertanyakannya, 'Apa yang anda sedang buat?' Dia berkata, 'Tiada apa', jadi saya kata, 'Baik. Marilah!'"[4] Laine kemudian membatalkan rancangan bagi albumnya ketika itu juga.[4] In August 1971, Seiwell dan Laine menyertai Paul dan Linda McCartney bagi merakamkan album Paul ketiga selepas Beatles bagi Apple Records. Hasilnya adalah Wild Life, diterbitkan pada 7 Disember. Ia merupakan projek pertama dikredit pada Wings sebagai artis. Nama kumpulan tersebut dikatakan timbul pada McCartney ketika dia sedang berdoa di hospital ketika Linda sedang melahirkan anak kedua mereka, Stella McCartney, pada 13 September 1971.[3][4] Paul McCartney teringatkan filem Wingspan kerana kelahiran Stella merupakan "sedikit drama"; terdapat kerumitan ketika kelahiran dan kedua Linda dab bayi hampir mati. Dia berdoa bersungguh-sungguh dan gambaran sayap ("wings") timbul dalam fikirannya. Dia memutuskan bagi menamakan kumpulan barunya sebagai "kumpulan Wings".[3]

Remove ads

Lawatan

Wings bermain lima lawatan konsert semasa sepuluh tahun kewujudannya:[7][petikan lengkap diperlukan]

  • Wings University Tour – 11 shows in the UK, 1972
  • Wings Over Europe Tour – 25 shows, 1972
  • Wings 1973 UK Tour – 21 shows, 1973
  • Wings Over the World tour – 66 shows, 1975–1976
  • Wings UK Tour 1979 – 20 shows, 1979

Anugerah

Anugerah Minggu Muzik ("Music Week Award")

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Anugerah Yugoton

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Anugerah Brit

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Anugerah Muzik Amerika

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Anugerah Academy

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Million-Air Award

Maklumat lanjut Year, Award ...

The Guinness Book of Records

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Q Awards

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

RIAA award

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

NME Awards

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Capitol Radio music Awards

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Daily Mirror Readers Awards

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Ivor Novello Awards

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Juno Awards (Canadian Music awards) and Nominations

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Grammy Awards and Nominations

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads