Pengawal keselamatan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pengawal keselamatan
Remove ads

Pengawal keselamatan (atau tidak rasmi, jaga) ialah orang yang bekerja mengawal dan menjaga keselamatan seseorang yang penting, rumah, bangunan, pejabat dan sebagainya. Biasanya mereka diuruskan oleh sebuah syarikat keselamatan.

Fakta Segera Pekerjaan, Jenis ...

Pengawal keselamatan penting untuk menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. Risiko pekerjaan ini tinggi kerana mereka terdedah untuk ditembak, dipukul dan dicaci maki oleh pengunjung, perompak dan orang yang tidak dikenali.

Bagi meningkatkan keberkesanan kerjaya ini, mereka dibekalkan dengan senjata seperti cota dan senapang. Bekas tentera dan polis yang pernah mengendalikan senjata lazim dilantik menjadi ketua pengawal keselamatan. Wanita dan orang berumur turut dilantik menjadi pengawal keselamatan di premis tidak berisiko tinggi seperti di hospital dan pejabat.[1]

Remove ads

Galeri

Remove ads

Di Malaysia

Di Malaysia, Pengawal Keselamatan atau istilah lama (Jaga/Opas) adalah satu pekerjaan yang merangkumi perlindungan keselamatan dan pertahanan.[perlu rujukan] Oleh itu,Kementerian Dalam Negeri telah menggariskan sebahagian syarat kelayakan untuk bekerja dalam sektor ini, dan bagi kategori Asing, hanya Rakyat Nepal sahaja dibenarkan bekerja dalam sektor ini dan ia juga yang dikenali sebagai Gurkha biasanya lebih dipercayai untuk menjadi pengawal keselamatan.[2] Sejak zaman penjajahan British hingga sekarang, Gurkha dipanggil menjadi tentera di seluruh dunia, termasuk di Singapura. Ketumbukan askar Gurkha pernah bertugas di Tanah Melayu, termasuk mengawal 'Gate Broga', 'Gate Kachau', 'Gate Kajang' di Semenyih semasa zaman Darurat Tanah Melayu.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads