Pengeboman World Trade Center 1993

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pengeboman World Trade Center 1993
Remove ads

Pengeboman World Trade Center 1993 berlaku pada 26 Februari 1993, apabila sebuah bom lori diledakkan di bawah Menara Utara World Trade Center di New York City. Peranti yang diperkuat gas urea nitrathydrogen 1,336 lb (606 kg)[1] itu bertujuan menumbangkan Menara Utara itu kepada Menara Selatan sehingga kedua-dua menara itu runtuh dan mengorbankan ribuan nyawa.[2][3] Biarpun gagal berbuat demikian, namun pengeboman ini dapat meragut enam nyawa dan mencederakan ribuan lagi.

Fakta Segera

Serangan ini dirancang oleh sekumpulan pekomplot yang terdiri daripada Ramzi Yousef, Mahmud Abouhalima, Mohammad Salameh, Nidal A. Ayyad, Abdul Rahman Yasin dan Ahmad Ajaj. Mereka menerima pembiaan daripada Khaled Sheikh Mohammed, iaitu bapa saudara Yousef. Pada Mac 1994, empat lelaki disabitkan bersalah kerana melakukan pengeboman itu, iaitu Abouhalima, Ajaj, Ayyad dan Salameh. Dakwaan ke atas mereka termasuk berkomplot, pemusnahan harta benda dengan bahan letupan dan pengangkutan bahan letupan di antara negeri. Pada November 1997, dua lagi disabitkan, iaitu Yousef, dalang di sebalik pengeboman ini, dan Eyad Ismoil yang memandu lori yang berisi bom itu.

Remove ads

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads