Pengguna General Dynamics F-16 Fighting Falcon

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pengguna General Dynamics F-16 Fighting Falcon
Remove ads

Tentera Udara Amerika Syarikat, empat buah negara anggota NATO dan Pakistan, sebuah sekutu bukan-NATO adalah pengguna utama pesawatGeneral Dynamics F-16 Fighting Falcon. Jualan di bawah program Jualan Ketenteraan Asing (Foreign Military Sales-FMS), banyak negara-negara luar membeli pesawat F-16 ini untuk kegunaan tentera udara mereka. Kebanyakan negara yang telah membeli pesawat ini masih menggunakannya setakat tahun 2010.

Thumb
Peta dengan negara pengguna F-16 dalam warna biru manakala bekas negara pengguna dalam warna merah

Pada hari ini, F-16 masih mendapat tempat dan banyak tentera udara negara luar sedang mencari pengganti bagi inventori pesawat F-16 yang telah usang. Di sebabkan Tentera Udara A.S berteruskan menaik taraf inventori F-16 miliknya, mereka kadang kala akan menjual pesawat-pesawat lama sebagai inventori lebihan (Excess Defense Article - EDA) atau sebagai pesawat "tercerai" untuk dijadikan sebagai alat ganti.

Remove ads

Pengguna sekarang

Remove ads

Cadangan jualan terkini

  • Pada bulan November 2006, Tentera Udara Pakistan telah memeterai Surat Penerimaan untuk 18 buah pesawat baru F-16C/D Blok 52+, 26 buah pesawat F-16A/B Blok 15 dan 60 buah pesawat Mid-Life-Update M3 Tape modules/kits sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$ 5.1 bilion termasuk pesawat pejuang, kemudahan infrastruktur sokongan, latihan dan persenjataan. Penghantaran pesawat F-16A/B dijangka bermula pada tahun 2007, sementara pesawat awal F-16C/D dijangka akan diterima pada akhir tahun 2008 atau awal 2009. Program perolehan semasa untuk pesawat baru dan pesawat yang diperbaharui dan ditingkat upaya untuk 60 buah pesawat terpakai dijangka akan disiapkan sebelum tahun 2010-2012, berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara Tentera Udara Pakistan, Tanvir Mahmood Ahmed. Pada bulan April 2006, Janes Defence Weekly melaporkan Tentera Udara Pakistan mungkin akan membeli tambahan 33 buah pesawat F-16C/D Blok 52+ - ia mungkin termasuk pilihan untuk memperoleh 18 buah pesawat Blok 52+ daripada perjanjian sekarang. Pada bulan Julai 2007, Komander Pusat Arahan Tentera Udara, Leftenan Jeneral Gary L. North (Tentera Udara A.S), dan seorang juruterbang A.S yang lain menerbangan 2 buah pesawat F-16 ke Pakistan untuk Tentera Udara Pakistan.[6]
  • Tentera Udara Filipina juga menunjukan minat akan pesawat F-16, tetapi rancangannya untuk membeli Pesawat Tempur Pelbagai Peranan moden unutk mengantikan angkatan pesawat F-5A/B Freedom Fighters yang telah dibersarakan telah ditangguhkan disebabkan oleh alasan ekonomi dan operasi menentang keganasan sebagai keutamaan. Pada pertengahan tahun 1990-an, Tentera Udara Filipina tidak menunjukan reaksi akan tawaran A.S untuk menjual 28 buah pesawat F-16A/B Blok 15, yang mana disekat daripada dihantar ke Pakistan. [7] [8]
  • Tentera Udara Republik China (Taiwan) memerlukan pesawat pejuang generasi baru untuk mengantikan angkatan pesawat F-16 A/B Blok 20, telah menunjukan minat pada pesawat F-35 Lightning II baru. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh isu-isu politik, tiada kemungkinan negara pulau ini boleh mendapatkan pesawat pejuang termaju dalam jangka masa yang terdekat. Disebabkan itu, Tentera Udara Taiwan membuat pilihan dengan mendapatkan sehingga 66 buah pesawat F-16C/D Blok50/52 baru sebagai pesawat pejuangnya untuk sementara waktu.[9] Seperti perolehan peralatan ketenteraan yang lain, Beijing telah menunjukan tentangan terhadap perolehan ini.
  • Jabatan Pertahanan A.S telah memberitahu Kongress A.S akan rancangannya untuk menjual 24 buah pesawat F-16C/D kepada Maghribi bersama-sama sistem avionik termaju dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pesawat F-16 mungkin akan dipasang sama ada dengan enjin Pratt & Whitney atau General Electric.[10]
  • Tentera Udara Croatia sebelum tahun 2011 akan membeli 12 buah atau lebih pesawat pejuang pelbagai peranan moden untuk mengantikan pesawat MiG-21 B/MF. Anta calon-calon yang berkemungkinan besar adalah JAS 39 Gripen atau F-16C/D.[11]
  • Tentera Udara Indonesia sedang mendapatkan kelulusan untuk membeli 6 buah pesawat baru F-16 C/D untuk mengukuhkan skuadron pesawat F-16 mereka.[12] Pada masa sekarang, 10 buah pesawat F-16 berada dalam perkhidmatan, pada asalnya Tentera Udara Indonesia memiliki sejumlah 12 buah tetapi 2 buah telah terlibat dalam kemalangan yang berasingan.[13] Dari tahun 2000 sehingga 2005, A.S telah mengenakan sekatan senjata terhadap Indonesia yang mana telah menyebabkan skuadron F-16 tersadai disebabkan oleh ketiadaan alat ganti.
  • Jabatan Pertahanan A.S (Pentagon) berkata pada 19 Mei 2008, bahawa mereka telah memberitahu Kongres A.S akan kemungkinan jualan 24 buah pesawat baru F-16 dan 24 buah pesawat diperbaharui, termasuk peralatan berkaitan, dalam satu perjanjian bernilai sehingga AS$ 4.5 bilion kepada Romania.
Remove ads

Pesanan yang dibatalkan dan bidaan yang gagal

Argentina

Agensi Kerjasama Pertahanan A.S telah menawarkan 36 buah F-16A (MLU) (+6 alat ganti) pada bulan Jun 1999 kepada Argentina. Tawaran ini telah ditolak oleh kerajaan baharu Argentina.[perlu rujukan]

Australia

F-16A dan F-16C adalah antara pesawat yang dipertimbangkan oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) untuk mengantikan pesawat pejuang Dassault Mirage III pada akhir tahun 1970an dan awal 1980an. Selepas proses penilaian awal dimuktamadkan, pilihan yang tinggal pada RAAF sama ada F-16C dan F/A-18 Hornet, kedua-duanya memenuhi keperluan teknikal. Meskipun harga F-16C lebih murah berbanding dengan F/A-18A, RAAF memutuskan bahawa Hornet memiliki teknologi yang matang, lebih mudah diselenggarakan semasa atur-gerak operasi, dan kemungkinan kadar haus yang lebih rendah. Berdasarkan ini, kerajaan Australia memilih untuk memesan 75 buah F/A-18s pada bulan Otober 1981.[14]

Brazil

Brazil telah menilai F-16BR dengan niat untuk mengeluarkannya dalam satu perkongsian dengan Lockheed Martin. Dassault Rafale, Boeing F/A-18 Super Hornet, dan Saab Gripen NG telah disenarai pendek. F-16BR telah kalah dalam persaingan ini kepada JAS-39 Gripen E.[15]

Croatia

Pada bulan Julai 2017, Kementerian Pertahan Croatia telah mengumumk7kan bahawa ia berminat untuk memulakan semula program perolehan untuk mengantikan pesawat MiG-21 yang digunakan oleh Tentera Udara Croatia, dan telah mengeluarkan satu permohonan cadangan sehingga 12 buah pesawat kepada lima buah negara: Greece, Israel dan Amerika Syarikat untuk pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon, Sweden untuk pesawat Saab JAS 39 Gripen, dan Korea Selatan untuk KAI T-50 Golden Eagle.[16]

Pada bulan Oktober 2017, pihak kementerian telah mengumumkan bahawa ia telah menerima empat pucuk surat niat untuk membekalkan sehingga 18 buah pesawat dari Amerika Syarikat, Israel dan Greece, yang menawarkan pelbagai versi F-16, selain Sweden yang menawarkan versi Saab JAS 39 Gripen yang tidak dinyatakan. Korea Selatan tidak menghantar bidaan dalam tender ini.[17][18]

Pada bulan November 2017, media Croatia menyiarkan tawaran-tawaran dari Sweden untuk Saab JAS 39 Gripen dan Israel untuk campuran armada pesawat General Dynamics F-16 Fighting Falcon versi A/B dan C/D telah disenarai pendek daripada empat tawaran.[19] Berdasarkan pada laporan, bidaan dari A.S telah ditolak kerana terlalu mahal, manakala F-16 Block 30 yang ditawarkan oleh Greece juga ditolak kerana telah lapuk.[20][21] Laporan lanjut mendedahkan bahawa tawaran Israel merupakan paling kompetitif dari segi kos, selain membuka peluang tambahan dalam kerjasama pertahanan.[22]

Pada bulan Mac 2018, Croatia telah menerima tawaran Israel untuk memperoleh 12 buah F-16C/D Block 30 "Barak" dalam satu perjanjian bernilai US$500 juta.[23][24][25]

Pada Disember 2018, kekeliruan akan perjanjian timbul apabila media Israel mendakwa bahawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jim Mattis telah menghalang perjanjian ini di sebabkan peralatan buatan Israel yang dipasang pada pesawat telah menjejaskan kelebihan pada bidaan A.S bagi pesawat F-16 bekas Tentera Udara Amerika Syarikat. Berdasarkan pada laporan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan berkata "Saya tiada halangan, tetapi Setiausaha Pertahanan Mattis telah menentangnya; beliau yang telah menghalangnya".[26] Menteri Pertahanan Crotia Damir Krstičević telah menafikan laporan-laporan ini, dan menyatakan bahawa "Kerajaan A.S telah meberi kelulusan kepada Israel untuk menawarkan pesawat F-16 milik Israel kepada Croatia, dan kami telah mendokumentasikan keputusan ini".[27] Berdasarkan pendedahan tidak lama kemudian pada bulan itu, Mattis telah menolak permohonanan Netanyahu untuk menjual F-16, kecuali peralatan naik taraf yang dilakukan oleh Israel ditanggalkan dan pesawat dijual dalam keadaan asalnya, di mana kerajaan Croatia bertindak balas dengan mengatakan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian sekiranya ia dilakukan.[28]

Pada 2 Januari 2019, Kementerian Pertahanan Croatia telah mengeluarkan satu tarikh akhir untuk memuktamadkan perjanjian pada 11 Januari, di mana jualan sepertimana yang dipersetujui pada asalnya mesti disahkan, atau ia akan dibatalkan. [29][30] Pada 11 Januari, jualan ini secara rasminya dibatalkan oleh Kementerian Pertahanan Israel, yang mana dilaporkan telah mengeluarkan satu permohonan maaf kepada rakan sejawat mereka di Croatia.[31][32][33]

Pada Mei 2021, Croatia telah memilih pesawat Dassault Rafale buatan Perancis untuk mengantikan armada pesawat MiG-21 melalui bidaan, termasuk tawaran pesawat F-16 dari Israel dan Amerika Syarikat.[34]

Iran

Pada tahun 1976, Iran telah membuat satu pesanan 160 buah pesawat untuk bekas Tentera Udara Imperial Iran (IIAF), dengan pilihan untuk tambahan pesawat sebanyak 140 buah. Di sebabkan Revolusi Iran pada tahun 1979, pesanan ini telah dibatalkan dan tiada penyerahan telah dibuat.[35] 55 of these aircraft were later delivered to the Israeli Air Force.[36]

New Zealand

Pada Disember 1998, Parti National, di bawaj kepimpinan Perdana Menteri Jenny Shipley, telah memberi kelulusan pada Tentera Udara Diraja New Zealand untuk memperoleh 28 buah F-16A/B Blok 15 setelah jualannya disekat ke Pakistan[37] menerusi kaedah sewa-beli selama 10-tahun sebagai pengantian sementara untuk armada pesawat A-4 Skyhawk yang telah usang.[38][39] Harga yang dipersetujui adalah AS$105 juta.[38] Dalam satu tindakan yang kontroversi, perolehan ini kemudian dibatalkan oleh kerajaan baharu Parti Buruh di bawah Helen Clark pada Mac 2000 memetik satu persekitaran keselamatan yang tidak berbahaya di mana "sebuah pasukan tempur udara bukan satu keutamaan".[39][40]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads