Penjajap kelas Slava
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Penjajap kelas-Slava (designasi Soviet Projek 1164 Atlant) adalah sejenis kapal penjajap besar, berkuasa konvensional, yang direka dan dibina untuk Tentera Laut Soviet dan kini dioperasikan oleh Tentera Laut Rusia.
Remove ads
Rekabentuk

Kerja rekabentuk bermula pada akhir tahun 1960-an, berdasarkan penggunaan peluru berpandu P-500 Bazalt, yang bertujuan untuk dijadikan alternatif kurang mahal dan berkuasa konvensional berbanding dengan penjajap tempur kelas-Kirov yang berkuasa nuklear. Moskva dipersenjatai dengan peluru berpandu anti kapal P-1000 Vulkan, yang dibangunkan pada akhir tahun 1970-an hingga akhir tahun 1980-an. Tidak diketahui penjajap kelas Slava yang mana membawa P-1000 selain daripada Moskva. Kelewatan yang berpanjangan melanda program ini, meskipun masalah pada Bazalt berjaya diselesaikan. Kapal-kapal ini bertindak sebagai kapal laksamana untuk pelbagai tugasan pasukan. Kesemua kapal-kapal ini dibina telah dibina di Limbungan 61 Kommunar, di Mykolaiv (Nikolaev), SSR Ukraine. Kelas ini dibina selepas kelas-Kara yang mana merupakan sejenis kapal anti kapal selam besar milik Tentera Laut Soviet, yang mana telah dibina di limbungan yang sama dan seolah-olah merupakan satu versi kapal kelas Kara yang dipanjangkan.[3]
Kelas Slava pada awalnya diberi designasi sebagai BLACKCOM 1 (Black Sea Combatant 1) dan kemudian kelas Krasina untuk satu tempoh singkat sehingga kemunculan Slava di laut. Pelancar SS-N-12 dipasang secara kekal dan menghadap ke hadapan sekitar 8° dengan tiada kemudahan isian semula. Tiada sebarang perubahan utama pada segi rekaan pada kelas ini. Para pemerhati Barat beranggapan ia dicipta untuk menyembunyikan kegagalan kelas Kirov yang ketara.[4] Dek hangar helikopter terletak 1/2 dek di bawah pad pendaratan dengan sebuah tanjakan menghubungkan kedua-duanya.[5]
Asalnya, 10 buah kapal dirancang akan dibina, tetapi semasa keruntuhan Soviet Union hanya tiga buah sahaja yang sempat dibina. Kapal ke-4 sempat dilancarkan tetapi kerja-kerja pembinaan terakhir tidak disudahkan dan kapal gagal ditauliahkan ke dalam perkhidmatan.

Berikutan dengan keruntuhan Soviet Union dan kemunculan semula negara Rusia, tiga buah kapal yang telah disiapkan dimasukkan ke dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia, manakala kapal ke-4 yang gagal disiapkan dan dinamakan semula sebagai Ukrayina, kini dimiliki oleh Ukraine. Usaha-usaha telah dilakukan untuk menyiapkan kapal ini; dan pada tahun 2010, presiden Ukraine Viktor Yanukovych berkata bahawa Rusia dan Ukraine akan berkerjasama dalam projek ini. Rusia juga menyatakan minat untuk membeli kapal ini, di mana Ukraine sebelumnya telah menawarkannya untuk dijual. Bagaimanapun, setakat awal tahun 2011 tiada persetujuan akhir telah dimuktamadkan antara kedua buah negara berkenaan perkara ini.[6] Tentera Laut Russia mempunyai rancangan untuk menaik taraf besar-besaran ke atas kesemua kapal-kapal kelas Slava mereka semasa tahun 2010-an; penyudahan kerja pembinaan ke atas Ukrayina mungkin menjadi sebuah platform ujian. Sehingga pertengahan tahun 2016, kapal ke-4 kekal terapung di limbungan dan tidak disiapkan.
Remove ads
Kapal-kapal
Remove ads
Dalam budaya popular
Dalam satu permainan video bertajuk, Call of Duty: Modern Warfare 3, satu tahap operasi khas dibuat berdasarkan sebuah penjajap rekaan dari kelas Slava bernama Kuvalda.
Lihat juga
- Slava sebuah kapal tempur pra-dreadnought dalam Tentera Laut Imperial Rusia, kapal terakhir daripada lima buah kapal kapal tempur kelas-Borodino.
- Slava, nama penjajap kelas-Kirov Molotov selepas tahun 1957.
- Senarai kapal dalam Tentera Laut Soviet
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads