Penyakit refluks gastroesofagus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Penyakit refluks gastroesofagus
Remove ads

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) ialah sebuah penyakit kronik yang berlaku apabila kandungan perut melimpah ke esofagus, lalu menyebabkan simptom atau komplikasi.[1][2] Simptom-simptom termasuk rasa asid di belakang mulut, pedih ulu hati, nafas berbau, sakit dada, regurgitasi, masalah pernafasan dan pereputan gigi. Komplikasi yang ada pula termasuk esofagitis, striktur esofagus dan esofagus Barrett.[1]

Fakta Segera Nama lain, Pengkhususan ...

Faktor-faktor risiko termasuk obesiti, kehamilan, merokok, hernia hiatus serta pengambilan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang boleh membawa atau memburukkan penyakit ini merangkumi benzodiazepina, penghalang saluran kalsium, antidepresan trisiklik, NSAID, dan beberapa jenis ubat asma. Refluks asid ini berlaku akibat penutupan kurang mantap sfinkter esofagus bawah, yakni simpang di antara perut dan esofagus. Diagnosis dalam kalangan mereka yang tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah mudah ialah gastroskopi, siri GI atasan, pemantauan pH esofagus atau manometri esofagus.[1]

Kaedah-kaedah rawatan termasuk perubahan gaya hidup, pengambilan ubat dan kadangkala pembedahan bagi mereka yang tidak mampu pulih melalui dua kaedah sebelumnya. Perubahan gaya hidup termasuk tidak berbaring selama tiga jam selepas makan, meninggikan kepala ketika baring (dengan bantal), menurunkan berat badan, mengelakkan makanan yang menyebabkan simptom GERD dan berhenti merokok.[1][5] Ubat-ubatan yang digunakan termasuk antasid, penghalang reseptor H2, perencat pam proton dan prokinetik.[1][4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads