Pergam rawa

spesies burung From Wikipedia, the free encyclopedia

Pergam rawa
Remove ads

Pergam rawa (Ducula bicolor), turut dikenali sebagai rawa, ialah spesies merpati bertampung yang agak besar. Ia dijumpai di hutan, belukar, bakau, ladang dan semak di Asia Tenggara, tersebar dari Myanmar dan Thailand, ke seluruh Indonesia dan ke timur hingga Filipina dan Semenanjung Kepala Burung di New Guinea. Ia banyak dijumpai di pulau-pulau kecil dan wilayah pesisir.[2]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Ia salah satu spesies yang dihuraikan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.[3]

Remove ads

Makanan

Makanan pergam rawa adalah sama seperti apa yang dimakan oleh punai iaitu buah halban, ara, mengkirai dan gucil yang mana banyak terdapat di hutan-hutan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan tidak bermusim.[perlu rujukan]

Pembiakan

Pergam rawa membiak dengan bertelur. Telur pergam rawa bercangkerang keras.

Habitat

Pergam rawa biasanya hidup di hutan subsekunder. Melalui analisis tahun 1990-2017, jumlah populasi burung ini dilihat semakin berkurang. Hal ini berpunca daripada pemburuan tidak terkawal oleh masyarakat setempat. Menjelang tahun 2025, burung ini dijangka tidak akan kelihatan lagi di beberapa kawasan seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah.[perlu rujukan]

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads