Periyar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Erode Venkatappa Ramasamy (Tamil: ஈரோடு வெங்கட்டர் இராமசாமி, rumi: Erode Venkattar Iramasami, 17 September 1879 – 24 Disember 1973) atau nama masyhurnya Periyar (Tamil: பெரியார்) seorang aktivis dan ahli siasah kelahiran Tamil Nadu di India. Beliau pada mulanya menganggotai Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919 di mana beliau berkhidmat sebagai Presiden Wakil Negeri Madras sehingga 1925, di mana beliau meletakkan jawatan kerana mempercayai parti tersebut hanya menyebelahi kasta Brahmin. Pada ketika ini juga beliau menggagaskan fahaman suya mariyada yang menekankan kesaksamaan masyarakat Tamil tidak kira lapisan serta membela hak dan sara hidup wanita.[1] Pada 1929, beliau dan isterinya Nagammal berlepas dari Nagapattinam layar melawat diaspora Tamil di jajahan-jajahan Malaya dan Singapura atas undangan Penang Hindu Mahajana Sangham untuk melihat keadaan mereka. Beliau tiba di Pulau Pinang memulakan jelajah ceramah di bandar-bandar seluruh Semenanjung untuk menyebarkan buah fikirannya yang menjadi pegangan utama umat Hindu kasta rendah dan Islam.[2][3]
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Tamil. (Mac 2025)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Periyar mengetuai Parti Keadilan diasaskan C. Natesa Mudaliar pada 1939. Beliau mula mendokong ideologi nasionalisme Dravida yang mengharapkan suatu negara Dravida Nadu berdaulat membela bangsa dan budaya serumpun Dravida seiring cadangan pembahagian India oleh Muhammad Ali Jinnah, ketua Liga Muslim Se-India;[4] parti diketuainya dikembangkan kepada Dravidar Kazhagam pada tahun 1944. Satu kelompok dalam parti ini pecah membentuk Dravida Munnetra Kazhagam pimpinan C. N. Annadurai 1949. Pembaharuan politik melalui Akta Penyusunan Semula Negeri 1956 memenuhi tuntutan para pemimpin DMK yang menggugurkan gagasan tersebut pada 1956, Annadurai melepaskan ideologi nasionalis tersebut secara rasmi pada 1962.[5]
Beliau masih dianggap negarawan terhebat para warga Tamil Nadu yang melihatnya menjulang gagasan kesaksamaan sesama kaum serta menolak penindasan dan eksploitasi ke atas bangsa Tamil, malah dijulang dalam kalangan pendokong politik haluan kiri dan progresivisme di India. Sedangkan, golongan Hindu ortodoks (seperti Rashtriya Swayamsevak Sangh kini) memusuhinya atas tanggapan mencabar aturan lama masyarakat[2] serta mendokong separatisme.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads