Permintaan (ekonomi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Di dalam ekonomi, permintaan adalah kehendak untuk memiliki apa sahaja, kebolehan untuk membayarnya, dan kesanggupan untuk membayar [1] (lihat juga bekalan dan permintaan). Istilah permintaan menandakan kebolehan atau kesanggupan untuk membeli suatu komoditi tertentu pada suatu masa yang diberi.
Hukum permintaan menyatakan bahawa kuantiti diminta sesuatu barangan atau perkhidmatan mempunya hubungan yang songsang (negatif) dengan harga. Semakin tinggi harga sesuatu barangan dan perkhidmatan semakin sedikit kuantiti yang diminta dan semakin rendah harga barangan dan perkhidmatan semakin tinggi kuantiti barangan dan perkhidmatan yang diminta (ceteris paribus).
Remove ads
Sebab Keluk Permintaan Bercerun Negatif

1. Kesan Penggantian
Berlaku apabila pengguna menggantikan penggunaan barangan dan perkhidmatan yang lebih mahal dengan barangan dan perkhidmatan yang secara relatif lebih murah. Kenaikan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan akan mendorong pengguna memilih alternatif (barang pengganti) yang secara relatif lebih murah. Manakala kejatuhan harga sesuatu barangan dan perkhidmatan akan mendorong pengguna memilih barangan tersebut berbanding alternatif lain yang secara relatif lebih mahal.
2. Kesan Pendapatan Benar
Perubahan harga menyebabkan perubahan dalam kuasa beli pengguna. Kenaikan harga menyebabkan kejatuhan kuasa beli pengguna. Kenaikan harga menyebabkan pendapatan benar (real income) pengguna berkurang menyebabkan kemampuan membeli sejumlah barangan atau perkhidmatan berkurang. Penurunan harga pula menyebabkan kenaikan dalam pendapatan benar dan kenaikan dalam kemampuan membeli sejumlah barangan dan perkhidmatan.
3. Hukum Utiliti Sut Berkurang
Tambahan kepuasan yang diperoleh daripada tambahan satu unit barang yang digunakan adalah semakin berkurangan. Ini bermakna semakin banyak sesuatu barangan dan perkhidmatan semakin rendah harga yang sanggup dibayar pengguna.
Remove ads
Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads