Perniagaan dadah haram

From Wikipedia, the free encyclopedia

Perniagaan dadah haram
Remove ads

Perniagaan dadah haram ialah pasaran gelap dunia yang terdiri daripada penanaman, penghasilan, pengedaran dan penjualan dadah haram. Kebanyakan negara mengharamkan perdagangan banyak jenis dadah melalui undang-undang kawalan dadah kecuali dengan kebenaran.

Thumb
Peta CIA sambungan dadah haram antarabangsa (2009)
Thumb
Negara pengeluar heroin utama di dunia (berwarna merah)
Thumb
Laluan udara pengedaran dadah yang dipantau oleh US Southern Command
Thumb
Kapal Gatun kepunyaan Panama semasa tangkapan kokain terbesar dalam sejarah A.S. (berjumlah 20 tan, bernilai lebih AS$600 juta) oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat, di persisiran Panama.
Thumb
Sebuah ladang candu di Myanmar.

Perdagangan dadah haram beroperasi sama seperti pasaran gelap lain. Organisasi pembekal dadah (kartel dadah) mengkhususkan dalam proses yang berlainan di sepanjang rantaian bekalan, selalunya di peringkat tempatan untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan meminimumkan kerosakan yang diakibatkan oleh penguatkuasaan undang-undang. Kartel-kartel ini selalunya berbeza dari segi saiz, konsistensi dan organisasi bergantung kepada keuntungan yang diperolehi bagi setiap peringkat. Rantaian ini boleh dikatakan dari pembekal jalanan yang mungkin di kalangan pengguna dadah sendiri, geng jalanan dan orang tengah, kepada empayar multinasional seumpama sebuah kerajaan dari segi saiz. Laporan PBB menyebut perdagangan dadah dunia menghasilkan sekitar $321.6 bilion pada tahun 2003. Perdagangan dadah haram dianggarkan berjumlah 1% daripada jumlah perdagangan dunia jika mengambil kira $36 trilion KDNK dunia pada tahun yang sama.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads