Pertempuran Dathin

Pertempuran semasa perang Arab-Byzantine From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pertempuran Dathin (Arab: داثن)[1] ialah nama sebuah pertempuran semasa perang Arab-Byzantine. Pertempuran ini berlaku pada bulan Februari 634 M dan merupakan sebuah pertempuran kecil, akan tetapi menjadi masyhur dalam penulisan zaman itu.[2]

Fakta Segera Tarikh, Lokasi ...

Pertempuran berlaku berikutan siri serangan Arab di sekitar Gaza. Panglima Byzantine (dux dan candidatus) Sergius, mengumpul satu pasukan kecil tentera (disebabkan ketiadaan anggota yang mencukupi) dan mengepelai angkatan berkuda ini dari pangkalannya di Caesarea menuju Gaza yang terletak 125 km di arah selatan. Dari sana beliau pergi bertemu dengan angkatan Muslim yang berkemungkinan besar lebih ramai[3] dan dipimpin oleh Abu Umamah al-Bahili.[4] Angkatan yang bertentangan ini bertembung di sebuah perkampungan bergelar Dathin, tidak jauh dari Gaza, pada 4 Februari 634 M.[5] Tentera Byzantine ditewaskan dan candidatus Sergius sendiri terbunuh, bersama-sama 300 orang tenteranya.[6]

mengikut catatan yang hampir sezaman dengan pertempuran ini, Doctrina Jacobi nuper baptizati, kemenangan Muslim diraikan oleh orang Yahudi tempatan,[2] yang telah ditindas Byzantine atau Rum.

Remove ads

Nota

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads