Pertubuhan Harta Intelek Dunia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pertubuhan Harta Intelek Dunia
Remove ads

Pertubuhan Harta Intelek Sedunia / Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia (WIPO; Jawi: ڤرتوبوهن هرتا اينتليک سدنيا) merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berperanan "menggalakkan aktiviti melindungi harta intelektual di dunia."

World Intellectual Property Organization
Pertubuhan Hartanah Intelek Dunia
Thumb
Negara-negara Ahli
Jenis Agensi khusus PBB
Singkatan WIPO
Ibu Pejabat Geneva, Switzerland
Ketua Pengarah Kamil Idris
(Sudan)
Penubuhan 1967
Laman web rasmi http://www.wipo.int/

WIPO mempunyai 184 negara ahli, iaitu hampir semua negara ahli PBB, serta Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau, Pihak Berkuasa Palestin, Republik Demokratik Arab Sahrawi, Kepulauan Solomon, Taiwan, Timor Leste, Tuvalu dan Vanuatu.

Remove ads

Pengenalan

Menurut laman webnya, WIPO merupakan sebuah agensi khusus PBB yang berusaha mengembangkan satu sistem harta intelektual yang adil dan mudah, yang memanfaatkan kreativiti dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi di samping memelihara kepentingan khalayak.

WIPO ditubuhkan dalam Konvensyen WIPO pada tahun 1967 dan ditugaskan menggalakkan pemeliharaan harta intelektual di seluruh dunia melalui kerjasama antara negara ahli dan usaha bersama pertubuhan antarabangsa lain.

WIPO mengawal paten, tanda dagangan dan reka bentuk industri antarabangsa.

Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads