Festival
Acara meriah terhadap suatu tema yang bertahan selama banyak jam, hari sampai minggu From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Festival (Jawi: فيستيۏال) atau pesta (Jawi: ڤيستا) adalah acara yang diadakan dalam kalangan sesebuah masyarakat untuk meraikan dan memperingati sesuatu ciri yang dikongsikan bersama masyarakat tersebut baik dari segi agama mahupun budaya.

Etimologi dan peristilahan
Festival dan pesta sepunca dari akar Latin: festum bermaksud "jamuan"; perkataan pesta hasil turunan bentuk jamak kata itu dalam bahasa Portugis[1] manakala festival muncul dari terbitan kata tersebut sebagai festus "seakan jamuan" dan kemudiannya fēstīvus atau festivalis "meriah seakan jamuan" kepada bahasa Perancis seterusnya kepada bahasa Inggeris.[2] Kedua-dua perkataan ini walaupun berkongsi akar sama mempunyai maksud sedikit berpincang: pesta dikaitkan dengan kegiatan jamuan makan minum dalam acara sahaja[3] berbanding festival yang lebih umum merangkumi keseluruhan acara besar diadakan.[4]
Remove ads
Jenis-jenis festival
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
