Pilihan raya persekutuan Australia 2013
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sebuah pilihan raya persekutuan yang menentukan ahli-ahli Parlimen Australia yang ke-44 telah berlangsung pada 7 September 2013, yang mana Perdana Menteri Kevin Rudd dari Parti Buruh menyerah kalah kepada campuran pembangkang pimpinan Tony Abbott dari Parti Liberal.
Pada 30 Januari 2013, Perdana Menteri Julia Gillard mengumumkan bahawa pilihan raya diadakan pada 14 September. Akan tetapi, ekoran pemilihan kepimpinan parti pada bulan Jun, beliau digantikan sebagai ketua oleh Rudd yang mengubah tarikh pilihan raya. Sebuah pungutan suara untuk meminda perlembagaan untuk membolehkan pemerintahan persekutuan untuk membiayai majlis-majlis perbandaran secara langsung dirancang berlangsung pada hari yang sama dengan pilihan raya umum,[1] tetapi dipatahkan oleh Seksyen 128 perlembagaan yang mensyaratkan bahawa pungutan suara haruslah diserahkan kepada para pemilih dalam masa dua hingga enam bulan selepas dibubarkan oleh Parlimen. Memandangkan pemilihan awal pada 20 Ogos, ia tidak dapat sempat diserahkan.
Remove ads
Keputusan
Parti Buruh dtewaskan oleh pembangkang Campuran Liberal/Nasional dengan kelebihan pindahan dua-parti 15-kerusi (3.3 peratus) setakat ini. Keputusan penuh belum lagi diperolehi.[2][3][4]
Jumlah undi utama dua-parti Parti Buruh berada pada tahap terendah sejak pilihan raya 2004,[5] manakala undi utama 33% mereka ialah yang terburuk sejak 100 tahun lalu.[6] Kevin Rudd mengumumkan perletakan jawatannya sebagai ketua parti.[7]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads