Pinjal anjing

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pinjal anjing
Remove ads

Pinjal anjing (Ctenocephalides canis) ialah satu spesies pinjal yang hidup sebagai ektoparasit pada pelbagai mamalia, terutamanya anjing dan kucing bela jinak. Ia hampir-hampir menyerupai pinjal kucing, Ctenophalides felis, yang boleh hidup pada lebih pelbagai haiwan dan pada amnya lebih prevalen di seluruh dunia.[1]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Pinjal anjing menyusahkan kerana ia boleh merebakkan Dipylidium caninum.

Sungguhpun ia memakan darah anjing dan kucing, ia kadang-kadang menggigit manusia. Ia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa bulan, tetapi betina mesti memakan darah sebelum ia boleh menghasilkan telur. Ia boleh melahirkan kira-kira 4000 biji telur pada bulu perumah.[2] Telur-telurnya melalui empat kitaran kehidupan: embrio, larva, pupa, dan imago (dewasa).[3] Keseluruhan kitaran kehidupan ini daripada telur sehingga dewasa memakan masa dari dua hingga tiga minggu, tetapi ini bergantung pada suhu. Masanya mungkin lebih panjang dalam keadaan sejuk.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads