Play Dead

From Wikipedia, the free encyclopedia

Play Dead
Remove ads

"Play Dead" ialah sebuah lagu yang ditulis oleh Björk, David Arnold[1] dan Jah Wobble serta diterbitkan oleh David Arnold dan Danny Cannon[1]. Lagu ini telah dilancarkan sebagai single pada tahun 1993. Lagu ini merupakan sebuah karya "kelam" diselitkan dengan alunan alat tali yang muram dan lirik yang berkisar tentang berpura-pura lali untuk menghindari kesakitan emosi.

Fakta Segera Single oleh Björk, daripada album Debut ...

Lagu ini pada mulanya hanyalah sebuah lagu bukan album yang dirakam khas untuk filem The Young Americans dan dirancang untuk pelancaran single. Walau bagaimanapun, lagu ini telah dimuatkan sebagai lagu bonus dalam album Debut keluaran UK dan Jepun.

Lagu ini kemudiannya telah diadun semula oleh Tim Simenon[1]. Pada waktu pelancaran single ini, "Play Dead" merupakan lagu Björk yang paling berjaya, di mana lagu ini berjaya mencapai kedudukan ke-12 di UK.

Remove ads

Senarai lagu dalam single

Rekod vinil 7-inci UK dan Eropah serta promo 7-inci UK

  1. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  2. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)

Nota: Keluaran promo adalah untuk peti nyanyi. Dikeluarkan dalam sampul putih kosong bersama label 7-inci berwarna perak dengan lubang peti nyanyi besar (bukannya label bercetak biru).[2]

Rekod vinil 12-inci UK

  1. "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
  2. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
  3. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  4. "Play Dead" (Versi instrumental Tim Simenon)

Cakera padat UK dan Australia serta promo UK

  1. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  2. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
  3. "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
  4. "Play Dead" (Versi instrumental Tim Simenon)
  5. "End Titles/Play Dead" (Mix asli filem)

Kaset UK dan Australia

  1. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  2. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
  3. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  4. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)

Cakera padat Eropah dan Jepun serta promo Jepun

  1. "Play Dead" (Remix 7-inci Tim Simenon)
  2. "Play Dead" (Mix orkestra Tim Simenon)
  3. "Play Dead" (Remix 12-inci Tim Simenon)
  4. "End Titles/Play Dead" (Mix asli filem)
Remove ads

Video muzik

Video muzik ini telah diarah oleh Danny Cannon[1]. Dalam video ini, Björk ditunjukkan sedang menyanyi di dalam sebuah bar kosong yang juga muncul dalam filem tersebut. Video ini diselit dengan babak-babak dari filem yang bermula dari babak lembut sehingga ganas.

Thumb
Tampilan dari video muzik.

Versi-versi lain / adunan semula

  • Remix 7-inci Tim Simenon (juga dikenali sebagai versi album)[3][1][4]
  • Mix orkestra Tim Simenon [3][1][4]
  • Remix 12-inci Tim Simenon [3][1][4]
  • Versi instrumental Tim Simenon [3][1][4]
  • "End Titles" / mix asli filem[1]
  • Suntingan video [1]
  • Versi Brodsky Quartet [1]

Lirik

Lirik lagu ini telah ditulis daripada kerjasama Jah Wobble, David Arnold dan Björk (di mana bahagian skor telah ditulis oleh David Arnold, bahagian bes ditulis oleh Jah Wobble; Björk telah dihubungi untuk menulis melodi dan lirik[5]).

Lirik ini, menurut Björk, telah ditulis dari pandangan watak utama dalam filem The Young Americans[6].

Ianya hanya saya cuba membayangkan apa yang dia akan beritahu kepada teman wanitanya. Sesuatu yang dia tidak cakap di dalam filem tetapi mungkin dia akan cakap kepadanya.

Björk, Record Collector, Ogos 2002
Remove ads

Kakitangan terlibat

Lagu

  • Pengkarya: Björk, David Arnold, Jah Wobble[3][7]
  • Penerbitan: David Arnold, Danny Cannon[3][7]
  • Penerbitan tambahan: Tim Simenon[3][7]
  • Kejuruteraan adunan: Q[3][7]
  • Kejuruteraan pengaturcaraan: Kerry Hopwood[3][7]
  • Studi adunan: Matrix Studios[7]

Visual

  • Gambar Björk (dalam kulit single): Kevin Westenberg[3][7]
  • Gambar London (dalam kulit single): Danny Cannon [3][7]
  • Hasil seni: Gally (Art Island)[3][7]
  • Video muzik: Dannya Cannon [3][7]
Remove ads

Versi kulit

  • Sebuah versi kulit telah dimuatkan ke dalam album Into keluaran istimewa oleh kugiran Finland, The Rasmus. Lagu ini juga muncul dalam keluaran mereka yang lain, seperti dalam single "Madness"[8]
  • Kugiran dari Sweden, Pain telah menyanyikan semula lagu ini dan memasukkannya ke dalam album mereka, Psalms Of Extinction.[9]
  • Lagu ini (tanpa lirik dan dengan pengubahsuaian struktur) telah dimasukkan ke dalam iklan Vauxhall (Opel) Vectra di UK pada tahun 1995[10].
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads