Pleiades

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pleiades
Remove ads

Dalam astronomi, Pleiades (disebut [pléi.a.dés] Jawi: ڤلياديس) atau Bintang Tujuh (Jawi: بينتڠ توجوه, Objek Messier 45) ialah sebuah kelompok bintang terbuka di buruj Taurus. Ia merupakan kelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar, dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat dengan Bumi.

Fakta Segera Pleiades Bintang Tujuh, Data pemerhatian (Epok J2000) ...

Kelompok tersebut didominasi oleh bintang-bintang biru panas yang terbentuk kurang dari 100 juta tahun yang lalu. Debu yang membentuk nebula pemantul di sekitar bintang-bintang terang awalnya dikira sebagai sisa-sisa pembentuknya (dari sini nama alternatif Nebula Maia diturunkan dari bintang Maia), namun sekarang diketahui bahwa nebula tersebut hanyalah awan debu medium antara najam yang kebetulan sedang dilintasi oleh kelompok ini. Kajian astronomi dilakukan terhadap buruj ini menganggarkan kelompok ini akan bertahan hingga sekitar 250 juta tahun lagi, setelah itu kelompok tersebut akan tercerai-berai disebabkan interaksi graviti dengan objek-objek berhampirannya.

Remove ads

Nama-nama dipakai

Pleiades yang merupakan nama saintifik diterima antarabangsa datangnya daripada nama Yunani: Πλειάδες iaitu anak-anak Pleione; seorang nimfa dalam mitologi Yunani.

Selain nama "Bintang Tujuh" yang paling lazim, namun terdapat juga nama setempat Melayu lain diberikan seperti Bintang Ketika, Bintang Puyuh dan Bintang Suraya (serapan Arab: الثريا).[7]

Orang Jawa pula memanggil kelompok ini dalam bahasa mereka sebagai Lintang Wuluh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦮꦸꦭꦸꦃ, "Bintang Buluh"), Lintang Puyuh (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦥꦸꦪꦸꦃ, "Bintang Puyuh", sama di atas) dan Lintang Yuyu (ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦪꦸꦪꦸ, "Bintang Ketam").[7]

Remove ads

Bintang-bintang utama

Maklumat lanjut Nama, Pengenalan ...
Remove ads

Penemuan moden

Galileo Galilei merupakan ahli falak pertama mengamati gugusan ini melalui teleskop, beliau melakarkan pemerhatiannya dalam suatu buku diterbitkannya berjudul Sidereus Nuncius pada Mac 1610.

Kepercayaan mengikut budaya

Gugusan ini dapat diperlihatkan dalam kedudukan Hemisfera Utara ketika musim sejuk sehingga sejauh pertengahan Hemisfera Selatan, hal ini ada dicerminkan dalam banyak budaya dalam rangkuman ini seluruh dunia.[9]

Mitologi Yunani

Gugusan bintang ini dipercayai datang dari kisah di mana Pleione dan anak-beranaknya dalam pelayaran namun menyedari mereka diekori Orion. Zeus rasa kasihan akan mereka lalu menukar mereka menjadi bintang[10] - hal ini juga merupakan kefahaman daripada kedudukan gugusan ini yang beredar mendahului buruj lambang Orion.

Mitologi Hindu

Dalam astrologi Hindu (Jyotisha), gugusan Kartika (Sanskrit: कृत्तिका, rumi: Kṛttikā) adalah salah satu dari Nákṣatra iaitu penanda penanggalan dalam takwim Hindu. Dalam mitologi Hindu, dikisahkan bahwa Dewa Kartikeya dibesarkan oleh enam saudari yang dikenal dengan sebutan Kartika, disebabkan itu nama Kartikeya diberikan, yang bererti "dia yang dari Kartika". Menurut cerita dalam Mahabharata, Kartikeya adalah anak kepada dewa Agni dan dewi Swaha, setelah Swaha mewujudkan dirinya menjadi enam dari tujuh isteri dari para Saptaresi (buruj biduk besar) dan melakukan hubungan badan dengan Agni. Para Saptaresi yang mendengarkan kejadian ini menjadi meragukan kesucian isteri-isteri mereka, lalu menceraikan mereka. Enam janda bersaudari ini pun kemudian dikenali sebagai Kartika.

Mitologi Jepun

Orang Jepun mengenali gugusan ini dengan nama Subaru (昴/すばる) atau Mutsuraboshi (六連星, "enam bintang"); ia pertama kali dicatatkan dalam dokumen Kojiki bertarikh abad ke-6 Masihi.[11]

Nusantara

Masyarakat Kedah mengamati gugusan ini untuk mengira piama musim yang penting dalam kerja persawahan dan kenelayanan suatu ketika dahulu.[12]

Kedua-dua orang Melayu dan Aceh berkongsi penceritaan mengenai sebutir bintang dari tujuh segugus yang dikatakan gugur menghilang sehinggakan diabadikan dalam suatu rangkap pantun:[13][14]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji ke Majapahit
Hilang sepuh nampak senam
Baru tahu tuan tak baik

Orang Aceh percaya kemunculan gugusan ini pada waktu sama dengan terbenamnya Matahari merupakan petanda cuaca buruk melanda lautan.[13]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads