Podengo Portugis

baka anjing dari Portugal From Wikipedia, the free encyclopedia

Podengo Portugis
Remove ads

Podengo Portugis atau anjing pemburu sarang arnab Portugis[a] ialah satu baka anjing Portugis daripada jenis anjing pemburu sarang arnab. Sebagai baka, podengo terbahagi kepada tiga kategori saiz yang tidak dibiakbakakan secara bersilang: kecil, sederhana, dan besar. Lapis bulunya sama ada pendek dan licin atau panjang atau mirip dawai. Keragaman berbulu licin adalah tradisional, sementara keragaman berbulu dawai terhasil daripada asimilasi pelbagai baka lain semasa abad kedua puluh.[perlu rujukan]

Fakta Segera Nama lain, Negara asal ...
Remove ads

Sejarah

Pada Zaman Pertengahan, anjing pemburu di Portugal dikenali secara kolektif sebagai podengo de mostra ("podengo penuding"). Anjing jenis ini digunakan untuk membunuh tikus di dalam karavel laut Portugis.[1]:248

Pengiktirafan podengo sebagai baka homogen bermula pada awal abad kedua puluh.[1]:248 Piawaian baka untuk keragaman besar bertarikh dari tahun 1953.[2]

Perihal

Podengo Portugis dibiakbakakan dalam tiga keragaman saiz: besar, sederhana, dan kecil.[3][4]:384 Menurut piawaian baka, yang besar berdiri setinggi 55–70 sentimeter (22–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 20–30 kilogram (44–66 lb), yang sederhana berdiri setinggi 40–54 sentimeter (16–21 in) dan berukuran seberat 16–20 kilogram (35–44 lb), dan yang kecil pula berdiri setinggi 20–30 sentimeter (8–12 in) dan berukuran seberat 4–6 kilogram (9–13 lb).[5]

Remove ads

Kegunaan

Podengo mempunyai kesemendaan untuk buruan, tanpa mengira saiz. Keragaman besar digunakan terutamanya untuk kelinci, sama ada secara bersendirian atau secara berpasangan;[6]:86[4]:384 ia mungkin juga digunakan untuk mengejar rusa.[7]:21 Keragaman sederhana dan keragaman kecil biasanya berburu dalam kawanan untuk arnab,[6]:86 tetapi mungkin juga digunakan secara bersendirian.[4]:384

Catatan

  1. Jawi: ڤوديڠݢو ڤورتوݢيس; Portugis: podengo português; bahasa Inggeris: Portuguese podengo, Portuguese warren hound

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads