Pokok Mambu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pokok Mambu
Remove ads

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Etimologi

Nama-nama lain bagi pokok ini termasuk Neem (Benggali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (Telugu), Bevu (Kannada), Kohomba (Sinhala), Vembu (Tamil), Tamar (Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.

Remove ads

Penggunaan

Perubatan tradisional

Pokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan dan telah digunakan dengan tujuan ini di India selama lebih 2,000 tahun lalu.[2]

Namun begitu, kajian-kajian masih kurang mencukupi untuk mengesahkan manfaat kesihatan minyak mambu. Amalan minyak mambu secara kecil-kecilan dalam kalangan orang dewasa adalah selamat, tetapi amalan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati; minyak mambu adalah beracun terhadap kanak-kanak dan boleh membawa maut.[3]

Pemakanan minyak mambu secara banyak boleh membawa kepada suatu jenis ensefalopati dan oftalmopati beracun.[4]

Makanan

Pucuk dan daun pokok mambu dimakan sebagai ulam-ulaman di India dan tanah besar Asia Tenggara.

Kebudayaan

Pokok mambu juga digunakan dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.

Remove ads

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads